Besar dugaan Cikgu Asman, anak tersayang maut depan rumah

TAWAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dilanggar pacuan empat roda ketika bermain di hadapan rumahnya di Lorong Semarak 2A/6, Taman Semarak, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, Nuh Muhammad Dzulqarnain Asman yang parah di anggota badan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tawan di sini.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa sedang bermain di hadapan halaman rumahnya, sebelum sebuah pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 69 tahun bersama isterinya dipercayai melanggar mangsa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata siasatan awal mendapati ketika kenderaan itu tiba di lokasi kejadian, pemandunya terdengar suara orang menjerit ‘budak’ sebelum memberhentikan pacuan empat rodanya.

“Sejurus keluar daripada kenderaan itu, pemandu berkenaan mendapati seorang kanak-kanak terbaring berhampiran tayar hadapan sebelah kanan.

“Mangsa yang cedera parah kemudian dibawa ke hospital, sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil menyalurkan maklumat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau berbahaya,” katanya.

The post Besar dugaan Cikgu Asman, anak tersayang maut depan rumah first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments