Mohon rentas daerah ziarah kematian, gadis kecewa disindir anggota polis

Pergerakan merentas daerah dan negeri masih dilarang berikutan pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 18 Februari depan.

Bagaimanapun, jika keadaan terlalu mendesak seperti ada kematian dan sebagainya, rakyat perlu memohon surat kebenaran daripada pihak polis.

Baru-baru ini, seorang gadis yang menggunakan nama @libertinebabe di Twitter memaklumkan bahawa salah seorang insan tersayang dalam hidupnya baru sahaja meninggal dunia.

Menurut gadis itu, dia dan bapanya tinggal di daerah berlainan jadi mereka terpaksa meminta surat rentas daerah di balai polis sebelum boleh menziarahi jenazah.

Namun, gadis itu meluahkan rasa kecewa kerana anggota polis yang bertugas ketika itu menyindirnya dengan kata-kata yang kurang elok.

“Biasalah nak raya Cina ni banyaklah alasan,” kata polis berkenaan seperti didakwa gadis tersebut.

Gadis itu menyifatkan polis berkenaan bersikap kurang ajar, walhal soal kematian bukan satu perkara yang boleh dijadikan bahan jenaka.

Siapa sahaja yang tidak sakit hati bila ada orang mempermainkan kematian ahli keluarga. Memang tidak sensitif langsung!

Sementara itu, netizen turut meluahkan rasa marah dengan tindakan anggota polis terbabit dan ramai juga yang berkongsi pengalaman sama saat berurusan dengan pihak berkuasa itu.

The post Mohon rentas daerah ziarah kematian, gadis kecewa disindir anggota polis first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments