Pasangan selebriti langgar SOP PKP dikompaun RM1,000

LIPIS – Seramai lima individu dikenakan kompaun masing-masing RM1,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di sebuah restoran di sini semalam.

Pasangan selebriti terkenal iaitu Shahmira Mohamad atau Shuib yang merupakan pelawak dan isterinya, Sarah Raissuddin merupakan antara lima individu yang didenda itu.

Difahamkan pasangan artis berkenaan yang dalam perjalanan ke Kelantan makan di sebuah restoran di bandar ini kira-kira pukul 9 malam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan artis itu dan dua lagi yang lain dikenakan kompaun kerana tiada penjarakan fizikal semasa makan.

Selain itu, mereka juga duduk di meja makan melebihi dua orang sekali gus melanggar SOP PKP.

“Pemilik restoran berkenaan turut dikompaun kerana membenarkan lebih dua orang pelanggan duduk di satu meja.

“Kompaun dikenakan ke atas lima individu itu dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Katanya, pihak polis akan melakukan pemantauan berterusan dan bertindak tegas terhadap mana-mana individu yang masih berdegil melanggar SOP ditetapkan.-K! ONLINE

The post Pasangan selebriti langgar SOP PKP dikompaun RM1,000 first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments