Sentiasa bertahajjud dan puasa Isnin Khamis, jenazah pesara guru disolatkan di tiga masjid

Sentiasa bertahajjud dan berpuasa sunat Isnin dan Khamis.

Itulah amalan seorang pesara guru, Abd Samat Abd Ghani yang meninggal dunia akibat sakit dalam perut, semalam sehingga Allah memuliakan pengakhiran hidupnya apabila jenazahnya disolatkan di tiga buah masjid sebelum dikebumikan.

Menurut sahabatnya Mohd Nizam Idris, arwah sangat istaqamah dalam perjuangan Islam sehingga beliau diberikan amanah untuk menggalas tugas sebagai Setiausaha Masjid Jamek Sultan Hishamudin Pekan Sabak dan Pengerusi Lujnah Tarbiyyah Pas Kawasan Sabak Bernam.

Dalam perkongsiannya di Facebook, Mohd Nizam menyifatkan pemergian arwah sesuatu yang sangat istimewa apabila jenazahnya disolatkan di tiga buat masjid di Sabak Bernam iaitu Surau Jumaat Taman Pertama, Masjid Jamek Sultan Hishamudin dan Masjid Bagan Nakhoda Omar.

“Tenanglah sahabat. Berada di negeri yang kekal abadi. Disolatkan di tiga buah masjid adalah sesuatu yang sangat istimewa. Perginya pada waktu Subuh 1 Rejab akibat sakit perut hari sebelumnya,” katanya.

Tambah Mohd Nizam, Allahyarham pernah berkhidmat berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Adun Sabak, Ustaz Sallehen Mukhyi selepas bersara sebagai guru.

“Saya doakan semoga Allah memberikan ganjaran syurga buatnya dan diselamatkan daripada hisab dan azab kubur. Al-Fatihah buat sahabatku, Almarhum Cikgu Haji Abd Samat Abd Ghani,” ujarnya.

The post Sentiasa bertahajjud dan puasa Isnin Khamis, jenazah pesara guru disolatkan di tiga masjid first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments