Tukar jarum vaksin semasa suntik PM, doktor ini jelaskan perkara sebenar

Susulan dakwaan yang mengatakan jarum picagari mengandungi vaksin Covid-19 yang disuntik pada bahu Perdana Menteri, semalam telah ditukar, seorang doktor tampil memberi penjelasan berkenaan perkara tersebut.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, Dr. Fahkrul Radzi berkata, situasi tersebut adalah sesuatu yang normal bagi mereka yang selalu mendapatkan suntikan di hospital.

Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana proses untuk menarik ubat ke dalam picagari lebih cepat sekiranya jarum lebih besar digunakan.

Kemudian, jarum tadi akan ditukar kepada jarum baharu yang lebih kecil sebelum disuntik ke ke kulit agar tidak menyakiti pesakit selain mengekalkan steriliti atau kebersihan jarum tersebut.

Dr Fahkrul Radzi turut meminta netizen agar tidak menulis komen secara melulu berhubung isu tersebut kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

The post Tukar jarum vaksin semasa suntik PM, doktor ini jelaskan perkara sebenar first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments