Peniaga Dikompaun RM50K Berniaga Di Hadapan Rumah Lebih Satu Jam Dari Yang Ditetapkan

Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat di media sosial melibatkan orang ramai yang dikenakan kompaun gara-gara tidak mematuhi SOP. Membuka pelitup muka sewaktu ketiadaan pengunjung di kedai untuk meminum air atau tidak mengimbas MySejahtera antara punca seseorang dikenakan kompaun RM10,000.

Terbaharu, melalui perk0ngsian portal The v0cket, seorang lagi peniaga di Kota Bharu, Kelantan dilap0rkan telah dikenakan kompaun di hadapan rumah gara-gara membuka gerai burger melebihi waktu yang ditetapkan. Lebih pa rah, kompaun yang dikenakan kepada beliau nyata mengej0tkan ramai iaitu sebanyak RM50,000.

Difahamkan Kelantan yang kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya dibenarkan untuk membuka kedai sehingga jam 10 malam sahaja. Peniaga ini masih membuka gerai di hadapan rumahnya telah dikenakan kompaun apabila didapati membuka gerai pada jam 11.21 malam.

Beliau turut mengakui masih membuka kedai pada waktu tersebut berikutan sedang menyiapkan pesanan untuk dihantar ke pekerja kilang. Tambahnya lagi, meja sudah disimpan sewaktu itu sekaligus mengesahkan tidak menerima pelanggan baharu pada waktu tersebut.

Menurut laporan Harian Metr0, peniaga ini pernah dikenakan kompaun sebelum ini sebanyak RM1,000. Kompaun yang dikenakan pada kali ini dibuat berikutan terdapat pihak yang membuat aduan kepada pihak polis berikutan beliau berniaga melebihi waktu yang ditetapkan.

Isu yang v!ral ini turut mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud yang mengesahkan kes kompaun berkenaan.

Dimaklumkan RM50,000 tersebut merupakan jumlah maksimum di mana peniaga berkenaan masih berpeluang untuk membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar jumlah kompaun dikurangkan.

Surat saman yang dikongsikan oleh peniaga ini di Facebook nyata menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan warganet melihatkan kepada jumlah kompaun yang dikenakan.

Terdapat juga warganet yang bersetuju pihak yang mengenakan kompaun kepada peniaga ini sekadar menjalankan tugas dan terdapat juga pihak yang tidak bersetuju dengannya. – Sumber & foto dipetik dari The v0cket, Facebook Faisal Burger

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral



Sumber : Peniaga Dikompaun RM50K Berniaga Di Hadapan Rumah Lebih Satu Jam Dari Yang Ditetapkan

Post a Comment

0 Comments