Menurut Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, menerusi hantaran dilaman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebarang keputusan untuk menutup semua sekolah adalah berdasarkan penilaian bersama oleh Pejabat Kesihatan Daerah, Kerajaan Negeri dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ianya merangkumi penilaian terhadap kes yang melibatkan jangk!tan positif C0VID-19 dalam kalangan pelajar dan juga kakitangan sekolah yang diwajibkan menjalani kuarantin dan perintah pengawasan dari rumah.
“Namun jika kes itu hanya melibatkan pelajar dan bukan kakitangan sekolah, maka sekolah akan tetap akan dibuka” katanya selepas melancarkan Program Vaksinasi Prihatin C0VID-19 peringkat Daerah
Ketika ditanya mengenai cadangan KPM untuk menutup semua sekolah akibat penu laran wa bak berkenaan, Dr Adham bagaimanapun menjelaskan, keputusan yang dibuat adalah mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Kelantan.
Ini kerana, semua sekolah dan institusi pendidikan di tujuh daerah yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKP) mulai ditutup bermula 18 sehingga 24 April 2021.
Terbaharu, semua sekolah di Sarawak diarah tutup selama dua minggu di 19 Daerah Zon Merah bermula hari ini selepas terdapat penu laran baharu di sekolah dan ia boleh mengakibatkan pelajar menye barkan v!rus ini kepada ibu-bapa dan sebaliknya.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam Sidang Media Khas Penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) C0VID-19 Di Wisma Bapa Malaysia memaklumkan, demi kesihatan pelajar dan masyarakat di zon merah Kerajaan Negeri Sarawak memu tuskan untuk menutupkan sementara operasi semua sekolah di kawasan berkenaan. – Sumber dipetik dari Xtra Facebook KKM
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral
Sumber : Penutupan Semua Sekolah Akan Dilaksanakan Berdasarkan Penilaian Bersama Tiga Pihak– Dr Adham Baba
0 Comments