Sebilangan Kecil Tidak Patuh SOP Punca Peningkatan Kes

Sejak akhir-akhir ini menyaksikan trend kes harian C0VID-19 di Malaysia kembali meningkat daripada 1,000 lebih kepada lebih 2,000 sehari.

Menurut Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri, keadaan itu menimbulkan p0lemik baharu dalam pengurusan pandemik penyak!t berkenaan.

“Beberapa negeri pula merekodkan peningkatan kes secara menda dak disebabkan oleh beberapa faktor.

Walaupun musim perayaan Aidilfitri hampir menjelang tiba namun sehingga ke hari ini pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kerana ia merupakan antara penyumbang peningkatan kes C0VID-19.

Menurut beliau, majoriti rakyat Malaysia mematuhi SOP yang ditetapkan namun terdapat sebilangan kecil yang menyumbang kepada kenaikan kes.

“Sebenarnya, tahap kepatuhan rakyat tinggi. Cuma sebilangan kecil yang gagal mematuhi SOP dan akhirnya menjadi punca kes meningkat naik.

“Data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menunjukkan salah satu penyebab peningkatan kes harian adalah akibat daripada pergerakan rentas negeri”, kata beliau di sidang media C0VID-19 hari ini.

Tambah beliau lagi aktiviti seperti pulang ke kampung, menghadiri majlis-majlis sosial meningkatkan risik0 jangk!tan kepada golongan rentan seperti warga emas dan kanak-kanak.

Disebabkan itu, menurutnya, sering ditekankan apabila kerajaan memberi kel0nggaran dari segi ekonomi dan juga aktiviti sosial, tahap pematuhan SOP harus dipertingkatkan.

Katanya, ia semua berbalik kepada diri setiap individu yang harus menjaga diri, keluarga dan orang tersayang di sekelilingnya.

“Sehubungan dengan data itu, berdasarkan penilaian risik0 yang dilaksanakan oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), pergerakan rentas negeri kekal tidak dibenarkan dan harus diperketatkan lagi.

“Kerajaan sedar keputusan ini tidak disukai rakyat tetapi kita harus bersama-sama berganding bahu bagi memastikan penu laran C0VID-19 dapat dikekang,” katanya.

Ditanya kawalan rentas negeri menjelang Aidilfitri, katanya, pelaksanaan kawalan pematuhan SOP adalah pihak penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan menguatkuasakan tindakan itu.

“Saya harap semua patuh sebab yang akan terjejas (jika ingkar) adalah diri sendiri. Timbalan Ketua Polis Negara sudah mengeluarkan amar an selain syarat tertentu sahaja untuk rentas negeri…patuhilah,” katanya.

“Sekali lagi saya tekankan, pertingkatkan kawalan kendiri dan patuhi SOP…#kitajagakita,” katanya. – Sumber dipetik dari Xtra, Harian Metr0

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral



Sumber : Sebilangan Kecil Tidak Patuh SOP Punca Peningkatan Kes

Post a Comment

0 Comments