[VIDEO] Tak Dapat Balik Kampung, Gadis Sebak Jumpa Ibu Bapa Di Sempadan Negeri

Sehingga ke hari ini, kebenaran merentas negeri masih tidak dibenarkan di seluruh negara kita.

Pastinya setiap warga Malaysia masih menanti pengumuman daripada pihak kerajaan bagi membenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung menjenguk ahli keluarga tersayang.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan kebenaran untuk orang ramai merentas negeri susulan situasi C0VID-19 di negara ini yang belum stabil dan semakin menunjukkan peningkatan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata situasi berkenaan memerlukan Bukit Aman mengeluarkan arahan terbaharu.

“Permoh0nan yang dipertimbangkan bergant0ng kepada alasan munasabah yang dikemukakan oleh pemoh0n dan akan diteliti dengan lebih ketat.

“Setakat ini, permoh0nan yang dipertimbangkan tertakluk kepada tiga situasi iaitu kece masan membabitkan ahli keluarga terdekat namun perlu dokumen sok0ngan, kema tian serta pasangan suami isteri yang berjauhan,” katanya.

Jumpa ibu bapa di sempadan negeri

Menerusi perk0ngsian portal Yoy Network video yang v!ral di media sosial dimuat naik oleh Nur Nadiatul Farisya di akaun TikToknya, dia dapat berjumpa dengan ibu bapanya di sempadan negeri dengan disaksikan pegawai polis di sekatan berkenaan.

Walaupun tidak dapat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan keluarga tersayang, namun gadis berkenaan cuma bertemu ibu bapanya di sempadan negeri Kedah dan Perlis yang disaksikan oleh pegawai polis yang sedang bertugas di sekatan itu.

VIDEO DI BAWAH

Kelihatan ibunya yang sedang berjalan sambil membawa bekal yang dimasak untuk anaknya itu.

Pertemuan yang istimewa itu membuatkan ramai yang sebak kerana kegigihan ibu bapa yang sanggup berjumpa di sempadan negeri sahaja.

Warganet sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa sebak melihat pertemuan antara gadis itu bersama ibu bapanya dan ada juga yang bercerita mengenai diri mereka yang rindu ibu bapa mereka.

Namun ada juga yang menge cam tindakan gadis berkenaan kerana berjumpa ibu bapanya di sempadan.

Terdahulu, v!ral di media sosial satu gambar notis dipercayai dikeluarkan oleh pihak Balai Polis Bandar Presint 7, Putrajaya dan dicop serta tandatangan Ketua Polis Balai, Asisten Superintendan Azman Johari Rakhibi.

Menerusi notis itu, permoh0nan kebenaran rentas negeri diperketatkan dan tertakluk kepada tiga situasi sahaja iaitu kece masan membabitkan ahli keluarga terdekat dengan melampirkan dokumen sok0ngan, kema tian dan pasangan jarak jauh (PJJ).

Kandungan lain dalam notis itu ialah kebenaran rentas negeri tidak dibenarkan bagi tujuan menghadiri majlis perkahwinan dan lain-lain kenduri dan ketetapan itu dikatakan datang daripada Ketua Polis Negara dan berkuat kuasa 15 April 2021. – Sumber & video dipetik dari Yoy Network, TikTok @Nur Nadiatul Farisya 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral



Sumber : [VIDEO] Tak Dapat Balik Kampung, Gadis Sebak Jumpa Ibu Bapa Di Sempadan Negeri

Post a Comment

0 Comments