Aksi terakhir Bergson bersama JDT

Di sebalik kemenangan 3-0 yang diraih Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Penang FC dalam Liga Super malam tadi, timbul persoalan mengenai kedudukan penggempur utama mereka, Bergson da Silva.

Ini kerana kontrak striker dari Brazil itu dengan JDT akan tamat pada penghujung bulan depan.

Setakat ini, JDT belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu tetapi ketua jurulatih, Benjamin Mora, tanpa berselindung mengakui masih memerlukan khidmat Bergson, yang dipinjamkan selama empat bulan oleh kelab Brazil, Fortaleza, pada Mac lalu.

“Bergson merupakan penjaring terbanyak JDT, dia hampir menjaringkan gol dalam setiap perlawanan,” kata Mora seperti yang dipetik Nadi Arena.

“Dia amat penting buat saya dan sebagai jurulatih, saya sentiasa mahukan pemain seperti ini tetapi ia terpulang kepada pihak pengurusan dan pengarah sukan dan pemilik kami.

“Mereka akan menentukannya tetapi sudah pasti kami memerlukan Bergson kerana dia aset yang bagus buat saya dan kelab ini,” katanya.

The post Aksi terakhir Bergson bersama JDT first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments