Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi C0VID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hanya vaksin Pfizer-BioNTech akan diberikan kepada ibu mengandung.
Beliau memberitahu, vaksin akan diberi pada tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu.
Pengesyoran itu katanya adalah berdasarkan kumpulan pakar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Atau mereka disyorkan ditangguhkan sehingga tempoh kehamiIan. Sementara bagi ibu yang menyusu pun adalah sesuai diberikan vaksinasi,” katanya dalam sidang akhbar Program Imunisasi C0VID-19 Kebangsaan (PICK) di sini, pada Isnin.
Hospital dan pakar ibu dan anak turut diminta supaya memberi keutamaan vaksin Pfizer kepada ibu mengandung dalam tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu. – Sumber dipetik dari Xtra
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral
Sumber : Hanya Vaksin Pfizer-BioNTech Sesuai Untuk Ibu HamiI
0 Comments