Seperti sedia maklum, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa kedua akan mula dibuat bermula 7 Mei ini dan akan memanfaatkan jumlah penerima merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas dan seramai 3.8 juta individu bujang.
Untuk makluman juga, baki bayaran bagi fasa kedua ini akan dibuat mengikut kategori seperti Bujang, Pendapatan Isi Rumah dan bilangan anak bagi setiap ahli keluarga.
Bagi penerima bayaran BPR fasa pertama, pemoh0n telah menerima jumlah bayaran seperti berikut:
- Kategori Isi Rumah – RM300
- Kategori Bujang – RM150
Dan pembayaran bagi fasa kedua BPR pula akan diberikan kepada penerima yang lulus mengikut jadual seperti yang dinyatakan:
Bagi kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang TIDAK mempunyai akaun bank akan dibuat secara tunai sekaligus dengan pembayaran Fasa 3 melalui BSN dengan kolaborasi strategik bersama LHDNM dan Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak pada tarikh yang terdekat.
Setakat Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung Kerajaan (merangkumi BPN2.0 dan BPR Fasa 1 dan 2) yang telah dan akan disalurkan bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion. – Sumber dipetik dari Xtra, LHDN
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral
Sumber : Jom Semak Jumlah Baki BPR Fasa 2 Anda Mengikut Kategori
0 Comments