Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Kementerian Kesihatan (KKM) meminta lebih ramai individu tampil menjadi sukarelawan kesihatan bagi menyumbang kepakaran dan tenaga membantu usaha menangani penuIaran wa bak C0VID-19.
Ini kerana, tenaga sukarelawan terbabit sangat diperlukan ketika ini untuk meringankan beban petugas kesihatan KKM akibat peningkatan kes setiap hari.
Perkara ini juga turut dimuat naik oleh pihak KKM menerusi hantaran di laman Facebook mereka.
“KKM menyeru pembabitan sukarelawan kesihatan untuk membantu usaha menangani wa bak C0VID-19”
Terdapat tujuh jawatan yang ditawarkan oleh pihak KKM termasuklah, pegawai perubatan, pegawai pergigian, penolong pegawai perubatan, jururawat, pegawai kesihatan persekitaran, penolong pegawai kesihatan persekitaran dan juruteknologi makmal perubatan.
Dan beberapa syarat telah digariskan untuk menjadi sukarelawan kesihatan KKM, antaranya ialah ;
- Berusia antara 18 hingga 60 tahun,
- Sihat dan cergas fizikal serta mental, dan
- Tidak mengandung
- Perlu mendapat kebenaran majikan bagi mereka yang bekerja
- Bukan anggota KKM
- Tiada sejarah kontak rapat dengan psakit C0VID-19 dalam tempoh 14 hari
Namun begitu, KKM TIDAK menyediakan pengangkutan, penginapan, makanan atau elaun dan gaji, sebaliknya segala kos ditanggung sendiri.
Dan, bagi individu yang berminat untuk berbakti sebagai sukarelawan perlulah melengkapkan borang berikut https://forms.gle/ktiuH2mjRePBCZLm9. – Sumber dipetik dari Xtra, Facebook KKM
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral
Sumber : KKM Moh0n Lebih Ramai Individu Tampil Jadi Sukarelawan Bantu Tangani C0VID-19
0 Comments