Pelajar Tingkatan 1 dibntai rakan sekolah

Hanya kerana salah faham, seorang pelajar perempuan Tingkatan satu telah dibntai separuh mati oleh dua orang pelajar perempuan yang lain di Bukit Beruntung, Rawang, Selasa lalu.

Dalam kejadian pada 3.28 petang, pihak sekolah telah memaklumkan kepada ibu mangsa bahawa pelajar terbabit telah ditemui dalam keadaan lemah di kawasan perkarangan sekolah.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan susulan.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan hampir pada semua bahagian tubuh badan menyebabkan mangsa kini tidak mampu bergerak dan seringkali hampir terjatuh setiap kali dia cuba untuk berjalan.

Laporan polis juga telah dibuat namun keluarga mangsa masih menunggu tindakan selanjutnya diambil dari pihak berkuasa terhadap dua orang pelajar perempuan yang telah membntai mangsa.

Kredit: PPIM

The post Pelajar Tingkatan 1 dibntai rakan sekolah first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments