PU Riz Dedah Susah Senang Jaga Neelofa

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz mende dahkan ada waktu sukar dan senang menjaga isterinya, selebriti dan usahawan popular Neelofa.

Menurut Haris, memandangkan Neelofa sudah lama menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi ‘boss’ untuk pelbagai cabang bisnes, ia menjadi satu pengalaman yang mencabar.

“Ada susah, ada senang. Tapi, ia pengalaman yang mencabar. Maklumlah, dia adalah seorang wanita yang sudah lama bergelar boss. Jadi, apabila dia sudah bersuami, jihad untuk dia taat kepada suami.

“Namun, kesukaran menjaga Neelofa tidaklah banyak, cuma perlukan masa untuk dia menyesuaikan diri,” k0ngsi Haris.

Haris berkata demikian ketika ditanya peminat mengenai kesukaran menjaga Neelofa dalam satu sesi siaran ‘live’ khas bersama peminat baru-baru ini.

Dalam pada itu, Neelofa sempat menambah, sebagai seorang wanita yang sudah menggalas status isteri, dia wajib taat kepada suaminya dalam apa keadaan sekalipun.

“Memang tak mudah. Selama ini saya hidup dikelilingi dengan ramai pekerja. Saya komited untuk menjaga pelbagai bisnes yang saya usahakan.

“Tetap, bila sudah ada suami dalam hidup, kita perlu wajib taat. Walaupun untuk menyesuaikan hidup daripada zaman bujang ke alam perkahwinan bukan senang, tapi saya cuba sebaik mungkin.

“Alhamdulillah sekarang ini kami sudah dapat menyesuaikan diri sebagai pasangan suami isteri,” kata bekas pengacara Nona ini.

Neelofa dan Haris selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. – Sumber dipetik dari Xtra

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral



Sumber : PU Riz Dedah Susah Senang Jaga Neelofa

Post a Comment

0 Comments