Ustaz Ebit Lew Sebak Serah Bantuan Kemanusiaan Kepada Penduduk PaIestin

Airmata pendakwah dan dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) hari ini tumpah di bumi Ga  za selepas beliau akhirnya berjaya menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk PaIestin.

Memetik lap0ran Astr0 Awani, tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kesyukuran Ustaz Ebit Lew apabila usahanya untuk menyalur bantuan kemanusiaan kepada rakyat PaIestin dipermudahkan oleh Allah SWT.

Ustaz Ebit Lew berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat PaIestin yang terjejas akibat srangan lsraeI.

Ustaz Ebit Lew yang berjaya memasuki Ga za hari ini mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usai mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.

Menurutnya, bantuan berupa barangan keperluan serta ubat-ubatan sebanyak dua treler dan beberapa buah lori dihantar terus ke hospital di Ga za untuk disalurkan kepada yang memerlukan.

“Syukur pada Allah. Saya beli barang keperluan asas dan ubat-ubatan dua treler besar dan beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital-hospital Ga za hari ini.

Saya bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan PaIestin Red Crescent. Terima kasih semua yang bersama misi ini.

“Demi rasa kekeluargaan. Menangis masa berdoa bersama tadi. Tak senang urusan ini tetapi dimudahkan oleh Allah. Terima kasih doa semua,” kata Ebit.

UEL yang selama ini sangat dikagumi dan dihormati ramai kerana sentiasa menghulur bantuan kepada rakyat Malaysia berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat PaIestin.

Misi itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa yang perlu dipatuhi termasuk apabila kembali ke Malaysia. – Sumber dipetik dari MYKMU, UTV

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral



Sumber : Ustaz Ebit Lew Sebak Serah Bantuan Kemanusiaan Kepada Penduduk PaIestin

Post a Comment

0 Comments