[VIDEO] Fasih Berborak Dalam Bahasa Korea, Tiga Rakyat Malaysia Ini Buat Ramai Kagum

Bahasa bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kita sebagai manusia. Setiap hari manusia menggunakan bahasa dalam kehidupan seharian.

Antara keistimewaan mereka yang dapat menguasai bahasa asing adalah memperoleh lebih banyak ilmu pengetahuan berbanding mereka yang langsung tidak menguasai bahasa asing.

Begitu juga trend K-pop yang sekarang sangat popular di Malaysia. Bukan saja daripada selebriti mereka tetapi drama, lagu dan sebagainya.

Tidak dinafikan, demam K-pop memang telah menarik perhatian dunia terutama dalam golongan anak muda. Jadi, tidak hairanlah jika ada yang sehingga sanggup belajar bahasa Korea sendiri kerana meminati negara tersebut.

Namun melalui perk0ngsian portal SAYS, satu video yang tuIar di TikTok baru-baru ini apabila tiga rakyat Malaysia berborak dalam bahasa Korea ini menarik tumpuan ramai.

VIDEO DI BAWAH

Fasih berborak penuh dalam bahasa Korea saja

Menerusi video tersebut, kelihatan tiga rakyat Malaysia sedang perkenalkan diri mereka masing-masing dalam bahasa Korea.

Bukan itu saja, mereka juga dilihat berbual sesama sendiri dengan hanya menggunakan bahasa berkenaan dengan begitu lancar sekali.

Difahamkan mereka sedang membuat rakaman untuk diletakkan di dalam YouTube salah seorang daripadanya.

“Seronoknya boleh borak bahasa Korea” – Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut kagum melihat kebolehan mereka bercakap dalam bahasa tersebut. Malah, ada juga yang teringin untuk belajar dan fasih seperti mereka.

Video berkenaan telah meraih banyak tont0nan dan mendapat respon serta komen daripada warganet di TikTok.

Best sebenarnya dapat bercakap dalam bahasa lain ni, macam satu keistimewaan. – Sumber & video dipetik dari SAYS, TikTok, Youtube

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral



Sumber : [VIDEO] Fasih Berborak Dalam Bahasa Korea, Tiga Rakyat Malaysia Ini Buat Ramai Kagum

Post a Comment

0 Comments