Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah gambaran situasi yang dialami keluarga ini apabila bayi mereka disahkan meninggal dunia secara mengej0t.
Apa yang lebih meruntum jiwa apabila kejadian tersebut berlaku ketika umat Islam bakal menyambut kedatangan Syawal empat hari sahaja lagi dan pastinya persiapan raya telah dilakukan oleh keluarga ini.
Gaun kecil warna biru sedondon satu keluarga
Menerusi beberapa posting yang dik0ngsikan oleh Puan Siti Noor Laila, gambar raya keluarga ini turut meruntum jiwa.
Dalam gambar raya yang dimuat naik, ibu ini sempat memegang sepasang gaun comel berwarna biru sedondo0n yang pastinya milik arwh yang telah dibeli untuk dipakai semasa Hari Raya.
Adik Siti Nur Aisyah pergi ketika tidur
Memetik laporan Pa&Ma, anak yang membesar sihat dan aktif di depan mata pergi selamanya apabila hanya mengalami selesama beberapa hari sebelum dan kembali sihat telah pergi ketika tidur.
Berk0ngsi kisah sedih itu, Puan Siti Noor Laila masih lagi bersedih hingga ke hari ini dengan pemergian anak syurga beliau yang bernama Siti Nur Aisyah.
Dua kakak arwh Siti Nur Aisyah turut menanggung rindu
Bukan sahaja ibu yang menanggung rindu kepada bayi comel ini, malah dua kakaknya turut merindui adik mereka itu.
Difahamkan, sebelum arwh menghembuskan nafas terakhir, arwh mengalami selesema selama 2, 3 hari.
Hanya 3 bulan sempat bermanja
Walaubagaimanapun, selepas beberapa hari mengalami selesema arwah kembali sihat seperti sediakala.
Namun begitu, takdir Allah, bayi Aishah sempat bermanja dengan keluarganya dan melihat dunia 3 bulan sahaja selepas kelahirannya.
Aishah nampak macam lain hari terakhir
“Pada 8/5/2021, Aisyah memang nampak macam lain dah hari terakhir tu, sebab bila saya suakan susu dekat Aisyah, Aisyah menolak tak nak susu.”
“Tapi saya tak adalah fikir yang bukan-bukan. Aisyah pun anak yang paling senang saya jaga.”
Pada pukul 11 pagi, Aisyah okay je macam biasa
“Dalam pukul 11 pagi macam tu, kami sekeluarga pergi rumah kedua sebab nak mengecat dan cuci rumah. Aisyah okay je macam biasa.”
“Saya pun kurang bermain dengan Aisyah masa tu sebab sibuk tol0ng suami. Sesekali saya tengok-tengok juga Aisyah.”
“Dah selesai semua, dalam pukul 5 macam tu, sebelum kami balik rumah sewa, kami pergi ke pekan sekejap belikan kek hari jadi anak sulung saya, lepas tu terus balik rumah.”
Aisyah buang air besar dalam kuantiti yang banyak
“Sampai rumah, saya letak Aisyah dalam buai sebab macam nak tidur, saya terus ke dapur nak masak lauk berbuka.”
“Masa tengah masak tu, Aisyah meragam dalam buai, suami datang angkat Aisyah lepas tu suami bawa jalan-jalan depan rumah, saya teruskan memasak.”
“Dah siap masak, suami datang bagitahu Aisyah buang air besar dalam kuantiti yang banyak sampai terkena baju suami.”
Saya letak dalam buai dan Aisyah tidur lena
“Saya ambil Aisyah dan saya mandi dan susukan Aisyah. Lepas tu Aisyah tidur, saya letak dalam buai semula sebab masa tu dah nak berbuka.”
“Aisyah tidur lena, sesekali saya jenguk-jenguk Aisyah dalam buai, sebab malam tu tengah pot0ng-pot0ng kek dengan anak sulung, kedua dan suami saya.”
“Dalam pukul 10 lebih macam tu sebelum saya nak tidur, memang rutin saya akan angkat Aisyah letak atas katil, bedung dan lepas tu susukan Aisyah.”
Sebelum lelap mata saya ci0m dan pel0k, Aisyah masih ada
“Waktu tu Aisyah masih ada lagi. Aisyah memang tidur sebelah saya. Lepas susu, Aisyah tidur macam biasa, saya tak tidur lagi. Saya baring-baring sambil main HP.”
“Nak dekat pukul 12, sebelum saya lelapkan mata, saya ci0m-ci0m dan pel0k Aisyah. Waktu tu Aisyah masih bernyawa lagi.”
Pukul 7 pagi, saya angkat Aisyah macam tak bernyawa
“Terus saya tertidur sampai saya tak sedar dah terlajak sahur, dalam pukul 6 saya kej0t suami bagitahu dah terlajak sahur, suami cakap tak apa.”
“Dekat pukul 7 pagi, saya off semua suis lampu dan aircond, waktu saya tengok Aisyah atas katil, saya angkat Aisyah tapi dia macam tak bernyawa, nampak lain.”
Keluar drah dari hidung Aisyah
“Saya buka bedung Aisyah, tak ada respon, saya suruh suami tengok, suami tepuk-tepuk belakang arwh keluar darah dari hidung.”
“Pada 9/5/2021, jam 7 pagi lebih tu kami sekeluarga terus bawa Aisyah ke emergency Hospital Angkatan Tentera.”
Bagai nak gugur jantung bila ooktor sahkan Aisyah dah tiada
“Sejam lepas tu doktor sahkan Aisyah memang dah mennggal, bagai nak gugur jantung saya.”
“Anak yang saya kandungkan 9 bulan, hanya dapat hidup dengan saya selama 3bulan 4hari sahaja.”
“Doktor bagitahu baby bawah 5 tahun kena buat postm0rtem, memang undang-undang macam tu.”
Hasil postm0rtem, doktor tak dapat sahkan punca kemtian
“Dengan berat hati, saya dan suami terpaksa akur. Tunggu polis sampai, polis bawa Aisyah ke Hospital Alor Gajah Melaka untuk buat postm0rtem.”
“Mula dalam pukul 1, alhamdulilah pukul 3 lebih macam tu selesai postm0rtem.”
“Doktor nak jumpa saya dan suami untuk bagitahu hasil postm0rtem, doktor dah buat postm0rtem dan doktor tak dapat sahkan apa punca kemtian arwh.”
Doktor sahkan Aisyah bukan terhmpap atau tersedak susu
“Doktor bagitahu Aisyah mennggal bukan sebab terhmpap atau tersedak susu.”
“Tapi doktor suspek jngkitan kuman pada paru-paru,saluran injap ke jantung Aisyah bengkak, tak normal untuk baby 3bulan.”
Kami diminta 2 bulan untuk tunggu result postm0rtem
“Tapi itu pun doktor tak boleh nak sahkan juga. Kami diminta tunggu 2bulan untuk tunggu result postm0rtem keluar.”
“Selesai jumpa doktor, dalam pukul 4 lebih kami bawa jnazah Aisyah ke masjid untuk dimandi dan disembahyangkan.”
Aisyah selamat dikebumikan di tanah perkub0ran Bukit Tinggi
“Dalam pukul 6 lebih, Aisyah selamat dikebumikan di tanah perkub0ran Bukit Tinggi, Tanjung Bidara, Melaka. Al Fatihah untuk anak syurga mama, (5 Februari – 9 Mei 2021).”
Salam takziah buat keluarga adik arwh Siti Nur Aisyah. Semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan mengharungi dugaan ini. – Sumber & video dipetik dari Yoy Network, TikTok
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral
Sumber : [VIDEO] Sebak! Hanya Sempat 3 Bulan Dengan Mama, Aisyah ‘Pergi’ Masa Tidur
0 Comments