Pembelian emas untuk dijadikan perhiasan ataupun sebagai simpanan aset sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita.
Iyalah, emas bukan saja boleh dibuat pelaburan. Malah, harga emas yang kekal dan tidak mudah jat0h menyebabkan semua orang ingin memiliki emas. Emas jenis perhiasan ini mempunyai banyak jenis, ada yang emas 916, emas putih, emas chrome dan lain-lain lagi.
Kita pasti pernah berhadapan dengan situasi ingin menjual emas yang telah dibeli bukan? Pernahkan anda menghadapi situasi seperti pemilik kedai emas itu tidak mahu membeli emas anda?
Jom lihat perk0ngsian yang dipetik dari portal SAYS mengenai penjelasan daripada seorang gadis yang tuIar videonya di TikTok baru-baru ini tentang emas chrome putih menarik tumpuan warganet.
VIDEO DI BAWAH
Tipu kata tak laku, sebenarnya nak kaut keuntungan yang lebih
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang menjelaskan tentang emas chromeputih dalam videonya.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia menasihat masyarakat supaya jangan tertipu dengan strategi pemilik kedai emas tentang emas chrome putih. Jelasnya lagi, emas chrome putih itu sama harganya seperti harga emas biasa.
Tambah gadis itu, dia juga menerangkan sebenarnya emas chrome itu adalah cat putih yang disalut ke atas emas. Lama kelamaan, emas chrome itu akan menjadi seperti emas kuning yang biasa.
“Betul padahal chrome tu cair jadi je kuning balik” – Warganet
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dengan penjelasan gadis itu. Malah, ada yang berk0ngsi pengalaman mereka pernah tertipu dengan pemilik kedai emas mengatakan emas itu tak laku.
Ketika ini, video ini berjaya meraih 902.5K views, 109.5K likes dan 1445K comments di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
VIDEO:
Semoga perk0ngsian ini bermanfaat, hati-hati semua jangan mudah tertipu lagi! – Sumber & video dipetik dari SAYS, TikTok@dhieyanaj93
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral
Sumber : “Awas, Jangan Tertipu!” – Gadis Perjelas Emas Chrome Putih Juga Laku Di Pasaran
0 Comments