Dakwa perempuan Kelantan ‘pisau cukur’ dan pengotor, komen gadis ini dikecam netizen

Sebelum ini, viral kisah seorang pemuda diminta oleh bakal ibu mentuanya wang hantaran sebanyak RM30,000 sekiranya mahu memperisterikan anak gadisnya.

Berikutan itu, lelaki berkenaan bertindak memutuskan hubungan mereka kerana tidak mampu menyediakan wang hantaran sebanyak itu.

Kisah tular tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Antara reaksi yang menjadi perhatian adalah komen dari seorang gadis yang menyarankan mana-mana lelaki menolak wanita Kelantan untuk dijadikan bakal isteri.

Dakwa gadis itu, wanita Kelantan disifatkan sebagai pemalas, pengotor, jijik dan pisau cukur

Dia turut menganggap wanita Kelantan selekeh seperti wanita Indonesia.

Susulan itu, netizen mula mengecam posting gadis berkenaan kerana ia melibatkan maruah wanita dan negeri lain.

Netizen turut menasihati agar dia lebih berhati-hati selepas ini untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur menghina orang lain dan melibatkan nama negeri.

The post Dakwa perempuan Kelantan ‘pisau cukur’ dan pengotor, komen gadis ini dikecam netizen first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments