‘Kau tanya aku siapa, aku Wawa’ – Wanita maki polis di SJR tular di media sosial

Seorang wanita yang berasal dari Sabah tular di media sosial berikutan tindakannya memaki hamun anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) selepas disaman kerana cukai jalan dan insuran tamat tempoh.

Menerusi laman sosial Twitter, akaun Jabatan Netizen Malaysia berkongsi sebuah video wanita yang dikenali sebagai Wawa dari Wahid Enterprise ini untuk tatapan umum.

Menerusi video berdurasi kurang dua minit itu menunjukkan tiga orang anggota polis berdiam diri saatt dimaki oleh wanita tersebut.

Difahamkan, Wawa yang turut tersenarai di dalam 100 Wanita lnspirasi Sabah Tahun 2021 ini menggunakan cukai jalan yang sudah tamat tempoh sejak Januari lalu.

Sementara itu di ruangan komen, makian wanita tersebut mengundang pelbagai reaksi wargamaya.

Rata-ratanya berasa kasihan melihat keadaan anggota polis berkenaan yang cuba untuk mengawal situasi.

“PDRM boleh je keluarkan satu saman lagi kat dia kerana caci seorang pegawai berkuat kuasa. Tambah lagi caj. Biadap lagi, terus gari. Bawa ke Balai Polis Enterprise. Duk sana satu malam tunggu bicara. Berani dia,” komen seorang wargamaya.

“Taknak komen tapi haihh.. buat malu org pakai tudung je pakaiannya. Yang tak pakai tudung pun takdalah sampai macam tu,” luah seorang wargamaya.

“Roadtax mati bulan 1.. Kalau baru mati lain la cerita,” kata seorang wargamaya.

“Takat bawak lexus roadtax pun tak up to date (secretary/PA tak ada ke tolong buat kerja remeh mcm ni?) takyah nak sembang sombong lah kak,” tulis seorang wargamaya.

“Baju dia lagi ketat dari PKP 3.0,” ujar seorang wargamaya.

“Wahid Enterprise ni mesti lagi power dari Megah Holdings,” usik seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 22,000 tontonan dan 400 tanda suka daripada warga Twitter.

The post ‘Kau tanya aku siapa, aku Wawa’ – Wanita maki polis di SJR tular di media sosial first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments