Operasi PPV Pandu Lalu Sedia Diperluaskan Bagi Mempercepatkan ‘Imuniti Kelompok’ Negara

Setakat 4 Jun semalam, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan jumlah kes telah direkodkan sekitar 7,748 kes dan angka ini dijangka akan terus meningkat lalu boleh mengakibatkan sistem kesihatan negara lumpuh sekiranya sekatan pergerakkan menyeluruh tidak dilaksanakan.

Bagi menyekat penuIaran wabak pandemik C0VID-19 yang masih belum mempunyai penawar lagi, pihak kerajaan mempergiatkan program vaksinasi negara untuk mencapai matlamat imuniti kelompok menjelang Oktober nanti.

Terbaharu, beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu akan dilaksanakan di beberapa buah lokasi bagi mempercepat Program Imunisasi C0VID-19 Kebangsaan (PICK).

Memetik lap0ran Berita Harian, Hospital Pakar Kanak-Kanak di Cheras telah dipilih sebagai lokasi PPV pandu lalu setelah projek perintis di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan telah menunjukkan kejayaan.

“Dengan adanya pelaksanaan program pemberian vaksin secara pandu lalu dan bergerak ini, berupaya mempercepat proses pemberian suntikan vaksin, sekali gus mencapai imuniti kelompok dalam tempoh lebih singkat,” terang Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Tambah beliau lagi, prosedur operasi standard berhubung kriteria dan pelaksanaan pemberian vaksin secara pandu lalu sedang dibangunkan oleh Badan Bertindak Imunisasi C0VID-19.

Dalam satu lap0ran Harian Metro pula, enam buah PPV secara pandu lalu akan dibuka oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara. Kem Perdana Sungai Besi dipilih sebagai projek perintis PPV pandu lalu yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keutamaan akan diberikan kepada anggota tentera dan ahli keluarga mereka terlebih dulu sebelum dibuka kepada orang awam. PPV pandu lalu tersebut mensasarkan pemberian vaksin sebanyak 1,000 hingga 2,000 dos sehari.

Sebanyak 140,913 dos vaksin sudah dipohon bagi memenuhi tujuan ini termasuk keperluan bagi veteran ATM yang memohon melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). – Sumber & video dipetik dari The V0cket, Youtube Buletin TV3

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral



Sumber : Operasi PPV Pandu Lalu Sedia Diperluaskan Bagi Mempercepatkan ‘Imuniti Kelompok’ Negara

Post a Comment

0 Comments