Pendapatan Rakyat Semakin Membimbangkan, Lebih 600,000 Isi Rumah M40 Tergelincir Ke B40

Pandemik C0VID-19 memberi implikasi yang besar kepada tahap pendapatan rakyat Malaysia apabila lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah B40.

Penurunan ini menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan ketidaksamarataan dan kesannya terhadap kedudukkan sosioekonomi rakyat Malaysia.

Menurut Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (AEC), seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan untuk tahun 2019, sekurang-kurangnya 8 peratus isi rumah memperlihatkan penurunan pendapatan di ambang pendapatan maksimum B40 iaitu RM4,850 sebulan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pakej bantuan bernilai RM380 bilion sebagai rangsangan untuk menangani kesan C0VID-19 terhadap perniagaan, pengangguran, tahap pendapatan dan golongan masyarakat rentan.

Pengarah Eksekutif EAC Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali mengatakan anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia menurun kepada RM42,107 pada tahun 2020, berbanding RM45,973 pada tahun 2019 sebelum wa bak C0VID-19.

“Pandemik telah menyebabkan KDNK per kapita menyusut kira-kira 8.4 peratus. Sebelum ini kita pada kadar 10.5 peratus ambang pendapatan yang digariskan Bank Dunia, namun ketika ini kita ketinggalan 18 peratus,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya mengenai cadangan Sekretariat AEC terhadap penetapan semula Malaysia dalam persekitaran landskap ekonomi baharu pasca pandemik pada Khamis. – Sumber dipetik dari Xtra, Awani

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral



Sumber : Pendapatan Rakyat Semakin Membimbangkan, Lebih 600,000 Isi Rumah M40 Tergelincir Ke B40

Post a Comment

0 Comments