Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Dibuka Untuk Golongan B40 (TEDUH)

TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia. Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT

SYARAT DAN KELAYAKAN

SKIM PPR DISEWA

Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun ke atas
Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
Pemohon belum memiliki rumah
Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

SKIM PPR DIMILIKI

Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun ke atas
Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
Pemohon belum memiliki rumah
Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

PEMOHON SKIM PRIMA

Warganegara Malaysia Bujang / Berkahwin atau Berumur 21 tahun ke atas Prima ada pembelian rumah Pertama atau Kedua
Pendapatan isi rumah RM15,000 ke bawah

DAFTAR AKAUN PEMOHON

Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
https://sprn.kpkt.gov.my/user/register

Pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail.

PERGI KE EMAIL UNTUK PENGESAHAN

Pastikan e-mail yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.

Setelah klik pautan berwarna biru, pemohon di minta untuk masukkan password. Pastikan password yang diisi harus diingat.

SILA PILIH SKIM

  • Untuk permohonan pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.
  • Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik “pilih skim yang di inginkan”.
  • Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
  • Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.

DOKUMEN SOKONGAN

Seterusnya, pemohon klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.
Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.

PENGESAHAN

Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu ke step seterusnya. – Sumber dipetik dari UtamaDaily, SPRN

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral



Sumber : Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Dibuka Untuk Golongan B40 (TEDUH)

Post a Comment

0 Comments