TuIar Baju Kurung ‘Mesra Vaksin’ Laris Di Twitter

Gara-gara berk0ngsi rekaan baju kurung ‘mesra vaksin’ di laman Twitter seorang wanita tidak menyangka dia dihujani banyak tempahan oleh warganet.

Terdahulu, wanita dikenali sebagai @usnaku berk0ngsi beberapa keping gambar baju kurung yang dijahitnya untuk memudahkan ibunya mendapat suntikan vaksin.

Menerusi laman Twitternya, wanita terbabit memberitahu dia baru sahaja selesai menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya.

Baju kurung tersebut mempunyai zip pada bahagian bahu untuk memudahkan sunt!kan vaksin dilakukan.

“Walaupun kelihatan agak lawak tetapi ia berfungsi,” ciap wanita itu hari ini.

Ciapan terbabit telah mendapat lebih 22,300 tanda suka dan lebih 11,400 warganet membuat ciapan balas pada hantaran tersebut.

Rata-rata warganet suka dengan rekaan tersebut sehingga ada yang menyuruh wanita itu membuka tempahan kepada umum.

Pada masa sama, warganet turut menyarankan wanita itu untuk ‘paternkan’ rekaannya itu supaya ia tidak ditiru oleh orang lain seperti pesanan oleh @nahsudin.

“Cepat buat bisnes and jenama sendiri untuk rekaan macam ni sis. Nanti ramai jenama terkenal cu ri idea sis, bagus sangat idea baju macam ni,” ciapnya. – Sumber dipetik dari UtamaDaily, Twitter@usnaku

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral



Sumber : TuIar Baju Kurung ‘Mesra Vaksin’ Laris Di Twitter

Post a Comment

0 Comments