Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya mahu mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Namun begitu, setiap pasangan mempunyai perjalanan dan cabaran mereka tersendiri dalam menjalani kehidupan rumah tangga.
Ada yang berjodoh hingga ke tua, ada pula yang terkandas di tengah jalan. Manusia hanya merancang, namun Dia yang menentukan segalanya.
Bertahan demi anak-anak yang masih kecil
Walaupun berat mata memandang, namun demi anak-anak ramai pasangan di luar sana berk0rban walaupun rumah tangga mereka dilanda ombak dan badai.
Begitu juga dengan perk0ngsian kisah wanita ini yang cuba bertahan demi rumah tangga dan mahu anak-anak yang membesar mendapat kasih sayang ayah mereka.
VIDEO DI BAWAH
Walaubagaimanapun, akhirnya wanita ini nekad untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak tanpa suami di sisi selepas peristiwa hitam yang terjadi dalam hidupnya.
Suami letak barang-barang saya di luar rumah
Menerusi video yang dik0ngsi seorang wanita menunjukkan barangan peribadinya berselerakan didkwa diletakkan suaminya di luar rumah yang berkunci mengundang sebak warganet.
Memetik lap0ran dari mStar, Norfaezah Mansor berkata peristiwa hitam itu berlaku pada tahun lepas.
Saya kena haIau oleh suami waktu malam
Ketika kejadian, dia bersama tiga anaknya, termasuk seorang bayi serta ibunya yang berusia 70 tahun dihaIau keluar oleh suaminya.
“Saya kena haIau tu waktu malam, bayangkan dia umpama tak ada perikemanusiaan, dia haIau saya.
Saya dihaIau dengan mak berumur 70 tahun dan anak-anak yang masih kecil
“Ketika saya dihaIau, saya dengan mak berumur 70 tahun serta anak saya yang kecil masa tu umur tak sampai setahun.”
“Saya rasa sedih sangat terutama sekali bila memikirkan tentang mak.”
Saya rasa sangat terkilan dia buat mak saya macam tu
“Saya rasa sangat terkilan dan tak akan maafkan dia sampai bila-bila sebab buat mak saya macam tu,” katanya yang berk0ngsi video menunjukkan barang-barang peribadinya diletakkan di luar rumah di aplikasi TikTok.
Menurut Norfaezah selepas diusir, dia terpaksa tinggal di hotel bajet di Kluang, Johor selama seminggu sementara mencari rumah sewa untuk didiami mereka berlima.
Kami tinggal di hotel bajet buat sementara
“Saya, ibu dan tiga orang anak saya terpaksa tinggal sementara waktu di hotel bajet, RM100 satu malam.”
“Kemudian saya jumpa sebuah rumah yang disewa RM500 sebulan di Kluang juga. Saya pilih rumah tu sebab dekat dengan sekolah anak saya,” katanya.
Suami kant0i bersama wanita lain ketika saya dalam pantang
Jelas Norfaezah, rumah tangganya mula berantakan apabila suaminya ‘kant0i’ bersama wanita lain sewaktu dia dalam pantang selepas melahirkan ketiga.
Bercerita tentang apa yang dialaminya pada masa itu, Norfaezah yang bertugas sebagai pegawai bank berkata dia pada mulanya cuba memperbaiki serta mempertahankan rumah tangga yang telah dibina selama tujuh tahun.
Mak memang percayakan suami
“Mak memang pada mulanya tak bagi berpisah tapi malam tu saya ceritakan segala-galanya pada dia, masa tu baru dia terima.
“Masa saya dengan suami bergad0h besar mak memang sedih sangat sebab dia memang percayakan lelaki tu,” katanya.
Norfaezah bagaimanapun bertindak bijak kerana sebaik mengetahui bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Saya tak nak berpisah fikirkan keluarga dan anak-anak
Dia membeli rumah secara senyap-senyap sebagai persediaan sekiranya rumah tangga yang dibinanya benar-benar tidak dapat diselamatkan.
“Tak lama lepas dia kant0i tu saya tuntut fasakh tapi dia tak nak. Masa dalam tempoh tu kami masih bersama, tak nak berpisah sebab fikirkan keluarga dan anak-anak.
Saya buat persediaan beli rumah senyap-senyap
“Tapi senyap-senyap saya ada membuat persediaan beli rumah. Saya bekerja tapi saya tambah pendapatan saya dengan buat bisnes sendiri.
“Cuma masa saya dihaIau rumah tu masih belum siap, dalam lebih kurang enam bulan jugalah saya tinggal di rumah sewa sebelum pindah ke rumah sendiri.
Suami memang tak ada bagi nafkah
“Suami saya sebelum ni pun memang tak ada bagi saya nafkah satu sen pun, saya survive sendiri dengan anak-anak, ” katanya.
Teruskan hidup sebagai ibu tunggal kepada 3 orang anak
Setelah hampir setahun, dia kini meneruskan kehidupan seperti biasa sebagai ibu tunggal kepada tiga anak yang kian membesar.
Norfaezah berkata sebaik-baiknya, golongan wanita perlu memastikan mereka mempunyai pendapatan mahupun aset sendiri.
Wanita cuba ada aset sendiri supaya tak dibuang macam sampah
“Pesanan untuk wanita, sebahagia mana pun kita cuba pastikan ada aset atas nama sendiri supaya tak dibuang macam sampah.
“Sebagai wanita, kalau suami tak bagi kerja cuba cari jalan untuk ada pendapatan sendiri. Saya cakap sebab dah banyak kes begini berlaku, ” katanya.
Dia yang mula berkecimpung dalam bidang perniagaan turut mengajak ibu tunggal lain untuk sama-sama menjana pendapatan bersamanya.
Lepas kerja saya jual makanan sikit-sikit
“Saya memang minat sejak kecil, dulu saya rajin tolong mak saya jual nasi lemak tepi jalan, masa saya kerja dulu pun, lepas kerja saya jual makanan sikit-sikit.
“Saya pernah buka spa dekat rumah dulu dan sejak tahun lepas saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan produk penjagaan kulit, ” katanya.
Semoga kisah ini membuka mata kepada kita semua dan menjadikan kisah ini sebagai contoh dan pengajaran untuk kita semua. – Sumber & video dipetik dari Yoy Network, TikTok
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral
Sumber : [VIDEO] DihaIau Dari Rumah Tengah Malam, Bawa 3 Anak Dan Ibu Tua Ke Hotel Bajet
0 Comments