Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Begitulah situasi yang dialami oleh mereka yang terjejas pendapatan ketika ini.
Tidak semua dari kita bernasib baik, ada mereka yang terpaksa berhujan panas berusaha untuk mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup.
Begitu juga dengan kisah yang dik0ngsikan oleh seorang gadis ini apabila menerima tetamu yang tidak diundang.
Didatangi seorang lelaki yang tawarkan khidmat cuci kereta
Menerusi perk0ngsian dari portal Yoy Network melalui aplikasi TikTok, gadis berkenaan berk0ngsi video mengenai kisah seorang pencuci kereta yang datang ke rumahnya.
VIDEO DI BAWAH
Menurut gadis berkenaan, Nur Syahira Erwanto, 22, berkata, rumahnya didatangi seorang lelaki warga Bangladesh.
Lelaki berkenaan berusia dalam lingkungan 50-an yang menawarkan khidmat mencuci kereta.
Buat servis cuci kereta untuk cari duit makan
“Uncle tu kata dia ada buat servis cuci kereta. Katanya tak ada duit, belum makan dan dia nak cari duit untuk makan, cuci kereta cuma caj RM10.
“Tapi masa tu saya dan ibu ada urusan, dan minta uncle tu datang semula tengah hari kalau dia okay. Dan dia memang datang semula tengah hari tu,” katanya
Gadis ini yang lebih mesra disapa Syira berkata, lelaki berkenaan yang datang ke rumahnya bukanlah asing baginya.
Lelaki berkenaan bekerja di kedai cuci kereta berdekatan kediamannya
Lelaki tersebut pernah bekerja di sebuah kedai mencuci kereta berdekatan kediaman keluarganya.
Namun dia percaya kedatangan pekerja itu disebabkan kesan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau ‘Total Lockdown’ ketika ini yang memaksa penutupan kedai mencuci kereta.
Uncle itu datang berjalan kaki dari rumah ke rumah
“Pernah nampak uncle tu di kedai cuci kereta, tapi pertama kali uncle tu datang berjalan kaki dari rumah ke rumah. Dia bawa sebungkus plastik berisi sabun dan berus serta kain.
“Sebenarnya kereta tu tak kotor pun, baru je cuci sebelum lockdown hari tu.”
“Tapi rasa kasihan kat uncle tu yang tak kenal penat cari rezeki,” ujarnya yang menetap di Keramat, Kuala Lumpur.
Cuaca panas tapi uncle tetap bertenaga cuci kereta
Apabila melihat pencuci kereta itu melakukan tugasnya di waktu panas menimbulkan rasa belas ihsan dan perikemanusiaan dalam diri anak keempat daripada enam beradik itu.
“Sudahlah berjalan kaki, cuaca pula panas terik. Memang uncle tu kelihatan berpeluh tapi tetap bertenaga untuk mencuci kereta di luar rumah.”
Saya masakkan kerana uncle masih belum makan
“Saya tanya uncle tu dah makan ke, katanya belum. Jadi, saya tergerak hati untuk masakkan uncle tu bihun goreng. Memang saya masak untuk dia.”
“Bila tengok kerajinan uncle tu, mengingatkan saya pada arwh ayah yang men!nggaI dunia ketika usia 50-an akibat knser perut, lapan tahun lepas,” katanya.
Mungkin ada antara kita berasa diri kita susah, tapi sebenarnya ada yang jauh lebih susah daripada kita. Sampai nak makan pun tercari-cari duit cukup ke tak.
Berulang kali dia ucap terima kasih
Selain membekalkan bihun goreng, kata Syira, dia turut memberikan sebotol air mineral dan sebiji kek untuk lelaki berkenaan membawa pulang setelah selesai mencuci kereta.
“Memang mulanya uncle tu tetapkan caj RM10, tapi masa nak balik dia kata bayarlah seikhlas hati. Tapi saya bagi uncle tu lebih kira sedekah.”
“Berulang kali dia ucap terima kasih kerana bekalkan minuman dan makanan untuk dia,” katanya yang mengusahakan bisnes kek secara dalam talian.”
Ramai di luar sana jauh lagi susah
Sehubungan itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam Perniagaan Antarabangsa di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berkata, perk0ngsiannya itu bagi mengalakkan lebih ramai membantu mereka yang terjejas akibat pandemik C0VID-19.
“Mungkin ada antara kita berasa diri kita susah, tapi sebenarnya ada yang jauh lebih susah daripada kita. Sampai nak makan pun tercari-cari duit cukup ke tak.”
RM1 pun kadang kala cukup bermakna bagi mereka
“Tak kisahlah kita sedekah sikit pun asalkan ikhlas. Walaupun kita beri RM1 pun, tapi ia sudah cukup bermakna bagi mereka yang susah,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan sikap yang ditunjukkan gadis ini.
Mereka juga berharap lebih ramai individu tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. – Sumber & video dipetik dari Yoy Network, TikTok
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral
Sumber : [VIDEO] Upah Cuci Kereta RM10, Gadis Bekalkan Bihun Buat Uncle Ini
0 Comments