Nama Rayan trending di media sosial selepas kanak-kanak berusia lima tahun itu terparangkap ke dalam perigi yang berkedalaman 32 meter, sejak Selasa lepas.
Operasi menyelamat telah berlangsung selama 100 jam dan selepas lima hari berada di bawah perigi, Rayan akhirnya berjaya dibawa keluar malam tadi waktu Malaysia.
Namun, menerusi laporan Al Jazeera, usaha yang dilakukan berakhir dengan berita menyedihkan apabila pihak Istana Diraja Maghribi memaklumkan yang Rayan Awran telah meninggal dunia.
BREAKING: Morocco’s royal palace confirms that Rayan, the boy who was trapped in a well for 5 days, has died https://t.co/WRoXrLvEaP pic.twitter.com/XF5GcHRBIT
— Al Jazeera English (@AJEnglish) February 5, 2022
Berikutan itu, media sosial Malaysia telah trending dengan nama Rayan apabila kebanyakan netizen menzahirkan rasa dukacita susulan pemergian kanak-kanak tersebut.
Bukan itu sahaja, hampir seluruh dunia mengikuti perkembangan misi menyelamat kanak-kanak berkenaan yang telah disiarkan secara langsung setelah pihak penyelamat berjaya mengesan keberadaan Rayan.
Untuk makluman, kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh ke dalam perigi berhampiran Kampung Ighran, di wilayah Chefchaouen, pada Selasa malam.
Pada awalnya, Rayan telah mengikuti bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering berdekatan kawasan rumah. Ketika bapanya menyelesaikan kerja, dia mendapati kanak-kanak tersebut tiada.
Setelah puas mencari, dia menyedari anaknya telah terjatuh ke dalam perigi berukuran 25 sentimeter dengan kedalaman 30 meter ke bawah lalu segera mendapatkan pertolongan.
Air dan oksigen telah dibekalkan ke bawah bagi memastikan kanak-kanak tersebut dapat bertahan sementara misi menyelamat dijalankan.
Namun, Allah lebih menyayanginya dan khabar pemergian Rayan Awran telah ditangisi jutaan orang.
The post Seluruh dunia berduka, nama Rayyan trending di Twitter first appeared on Wowberita.via Wowberita
0 Comments