MADINAH: Imam Masjid al-Qiblatein, di sini, Sheikh Mahmood Khalil al-Qari telah meninggal dunia pada pukul 8 pagi tadi (waktu Arab Saudi).

Memetik ciapan di Twitter Haramain Sharifain, Allahyarham sebelum ini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Maghrib hari ini di Tanah Perkuburan Al Baqi.

Allahyarham sebelum ini dilantik untuk mengimamkan solat sunat tarawih di Masjid Nabawi, pada Ramadan 1439H/ 2018M.

The post Imam tarawih Masjid Nabawi, Sheikh Mahmood Khalil al-Qari meninggal dunia first appeared on Wowberita.

via Wowberita