Pilu hati seorang ibu apabila bayinya yang baru berusia sebulan pergi buat selama-lamanya akibat tersedak susu ketika dia terlelap seketika kerana kepenatan.
Kejadian menyayat hati itu dikongsi Pengerusi dan Pengasas Unit Kenderaan Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai di Facebook miliknya hari ini.
“Tak terbayang dugaan yang dihadapi oleh ibu ini. Diuji dengan kehilangan anak tersayang asbab tersedak susu.
“Anak syurga berusia satu bulan ini diberi susu badan sebelum si ibu tertidur kerana kepenatan.
“Tersedar dari tidur, si ibu melihat bayinya berada dalam keadaan lemah,” tulisnya.
Menurut Mr Wan Cai, ibu mangsa tertidur kerana kepenatan sebelum menyedari bayinya berada dalam keadaan lemah.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Klang namun meninggal dunia 30 minit selepas menerima rawatan.
Sementara itu, netizen meluahkan rasa duka apabila membaca perkongsian tersebut.
Rata-rata mereka mendoakan agar roh mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
The post Ibu terlelap kepenatan, bayi meninggal dunia akibat tersedak susu first appeared on Wowberita.via Wowberita
0 Comments