Wanita maut dalam nahas dua kenderaan

TUARAN – Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Ranau Lama berhampiran Tamparuli di sini, petang tadi.

Nahas kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang menaiki kereta Perodua Viva dikenali Noorraini Mohd Yusoff, 28, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 3.08 petang.

Katanya susulan laporan itu, seramai lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian berserta sebuah jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati seorang mangsa tersepit dan dikeluarkan menggunakan peralatan khas.”

“Namun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya dihubungi.

Menurutnya, tiga lagi mangsa berusia tiga tahun sehingga 31 tahun di kenderaan sama dilaporkan cedera dan seorang pemandu kereta pacuan empat roda jenis Toyota Vigo, lelaki berusia 45 tahun turut cedera.

“Semua mangsa dihantar ke hospital Tuaran untuk menjalani rawatan manakala mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.”

“Pasukan bomba seterusnya menjalankan pemeriksaan kenderaan dan lokasi bagi mencegah bahaya lain manakala operasi ditamatkan jam 6 petang,” ujarnya.

The post Wanita maut dalam nahas dua kenderaan first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments