Hasraf dan bapa saudara maut dalam perjalanan ke bazar Aidilfitri

ALOR GAJAH – Hajat seorang pekerja kilang untuk membawa bapa saudaranya membeli persiapan raya tidak tercapai apabila mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Lendu Masjid Tanah, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, mangsa, Muhammad Hasraf Amin Hasrin, 23, dan bapa saudaranya, Mohd Firdaus Yusof, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi penumpang bahagian belakang, Azizul Hamis@Jainy mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketiga-tiga mangsa menaiki Perodua Myvi dari arah Taman Dimensi Lendu menuju ke arah Masjid Tanah.

Bagaimanapun, ujar beliau, setiba di lokasi kejadian kereta dipandu Muhammad Hasraf hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di bahu kiri jalan.

“Siasatan awal mendapati mereka dalam perjalanan menuju ke bazar Aidilfitiri di Masjid Tanah.

“Impak kemalangan itu pemandu dan bapa saudaranya yang duduk di kerusi penumpang hadapan kereta meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala, manakala Azizul yang mengalami cedera parah dikejarkan ke Hospital Alor Gajah dan dirawat di zon merah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Jumaat.

Arshad berkata, mayat kedua-dua saudara itu dibawa ke unit forensik hospital sama untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

The post Hasraf dan bapa saudara maut dalam perjalanan ke bazar Aidilfitri first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments