tag:blogger.com,1999:blog-61624666778468562072024-03-13T02:30:13.011-07:00Saja Kongsi BROpost2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.comBlogger10188125tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-49342161174843258692023-05-24T20:04:00.001-07:002023-05-24T20:04:10.105-07:00Bapa Amar Baharin meninggal dunia
BAPA kepada pelakon Amar Baharin iaitu Mohd Baharin Amir meninggal dunia pada pagi Khamis.

Amar, 38, memaklumkan pemergian Allahyarham menerusi Instagram miliknya namun tidak dinyatakan punca kematian bapanya.

Pelakon itu menerusi hantaran berkenaan turut memohon semua yang mengenali bapanya agar mengampunkan segala dosanya.

“Assalamualaikum. Saya Amar ingin memaklumkan pada semua yang mengenali ayah saya Mohd Baharin Amir, ayah saya telah meninggal dunia.

“Mohon doakan arwah semoga Allah ampunkan segala dosa-dosanya dan andai ada dosa arwah sesama kalian, mohon diampunkan sepanjang arwah hidup di dunia ini.

“Dan Andai ada kata ada pahala dari bacaan ayat-ayat suci al-Quran anda semua, mohon disedekahkan kepada arwah,” katanya.

Sementara itu, Amar memaklumkan jenazah akan dibawa ke Masjid Sungai Sekamat Kajang untuk diuruskan sekitar pukul 9 pagi sebelum dikebumikan.

The post Bapa Amar Baharin meninggal dunia first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-39226037989436073902023-05-22T04:06:00.001-07:002023-05-22T04:06:53.014-07:00Wahid Satay meninggal dunia
BINTANG nostalgia, Wahid Satay menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua pada usia 93 tahun di Singapura, sekitar jam 8 pagi ini.

Menurut teman rapat arwah iaitu Rusedah Tawahid, punca kematian belum dapat disahkan namun memaklumkan arwah memang sudah uzur kerana sakit tua.

“Saya mendapat perkhabaran arwah meninggalkan dunia, pagi ini.

“Seperti yang diketahui, arwah memang uzur, keadaannya juga agak lemah akibat sakit tua.

“Bagaimanapun, saya tidak dapat memastikan punca kematian Seniman Legenda ini,” kata Rusedah.

Terdahulu, tersebar berita duka itu disebarkan dalam kumpulan WhatsApp tanpa butir terperinci.

“Assalamualaikum. Dukacita dimaklumkan, dunia seni kehilangan seorang lagi bintang nostalgia, Seniman Wahid Satay atau Abdul Wahid bin Ahmad kembali ke rahmatullah sekitar jam 8 pagi pada 22 Mei 2023 di Singapura pada usia 93 tahun.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, Aamiin. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.

Kerjaya lakonan arwah bermula ketika bekerja sebagai tukang cat di Studio Cathay Keris. Bermula dari filem berjudul Pontianak diikut beberapa filem lakonan beliau dengan memegang watak utama antaranya Sumpah Pontianak (1958), Che Mamat Parang Tumpul (1960), Badang (1962) dan Naga Tasik Chini (1966) berjaya mengekalkan popularitinya sebagai pelakon dengan gaji bulanan sebagai residen artis sebanyak RM600.

Filem terakhir lakonannya ialah Senario XX yang diterbitkan Grand Brilliance Sdn Bhd pada 2005.

Bakat dan kebolehan arwah bukan setakat berlakon dan meniru suara burung, ayam dan pelbagai lagi.

Malah, setiap kali membuat persembahan pentas arwah lebih suka meniru gaya pelakon komedi Hollywood iaitu Jerry Lewis sehingga beliau digelar ‘Jerry Lewis Malaya’.

The post Wahid Satay meninggal dunia first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-31211596455653300152023-05-20T07:05:00.001-07:002023-05-20T07:05:16.210-07:00Pemilik restoran Tukdin Flavours of Malaysia meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Pemilik restoran Tukdin Flavours of Malaysia, Zainuddin Yahaya yang mengusahakan perniagaan di London, United Kingdom (UK) dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu.

Allahyarham yang mesra dipanggil Tuk Din menghembuskan nafas terakhir pada usia 70 tahun sekitar pukul 9.40 pagi waktu London.

Berita sedih mengenai pemergian Allahyarham turut dikongsi oleh teman rapatnya, Zaharah Othman di laman Facebook.

“Ya ALLAH, ampunilah dosanya, tempatkanlah Tuk Din bersama yang soleh dan beriman.

“Ya ALLAH berilah ketenangan dan kesabaran kepada keluarga dan kawan-kawan yang sangat menyayanginya,” tulis Zaharah dalam kemas kini tersebut hari ini.

Pada masa sama, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dalam hantaran di Facebooknya menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tuk Din.

“Bagi semua yang pernah menetap dan mengunjungi UK, nama Tuk Din sangatlah tidak asing kerana Tuk Din merupakan pengusaha restoran cita rasa Malaysia, TukDin Flavours of Malaysia berhampiran Paddington Station, London.

“Bagi pelajar-pelajar Malaysia, di restoran Tuk Din lah selalu dikunjungi apabila hendak melepaskan rindu masakan Malaysia.

“Pemergiannya tentu akan dirasai oleh warga Malaysia di UK,” tulis Azuan.

Awal Mei lalu, Tukdin Flavours of Malaysia dalam kemas kini di laman Facebook memaklumkan Tuk Din dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana masalah kesihatan.

Sementara itu, Tukdin Flavours of Malaysia dalam hantaran di InstaStory pada Jumaat menjelaskan, doktor memaklumkan Tuk Din mempunyai peluang tipis untuk bertahan lebih lama.

Allahyarham mengusahakan Tukdin Flavours of Malaysia sejak lebih 13 tahun lalu di London, dengan hidangan Malaysia menjadi inspirasi utama restoran berkenaan.

Astro Awani sedang mendapatkan perkembangan lanjut berhubung kematian Tuk Din. – Awani

The post Pemilik restoran Tukdin Flavours of Malaysia meninggal dunia first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-87924128628211332802023-05-14T07:05:00.001-07:002023-05-14T07:05:33.592-07:00Lelaki maut kemalangan selepas beli cincin tunang
KEMAMAN – Hajat pasangan kekasih untuk mengikat tali pertunangan tidak kesampaian apabila mereka terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 105, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Kawasan Perindustrian Kerteh di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 11 malam itu, Muhammad Aliff Hafizzudin Samsul, 24, maut manakala bakal tunangnya, Nuralifah Ilyana Azman, 21, mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Mazda dinaiki pasangan suami isteri tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

Beliau berkata, MPV itu kemudiannya merempuh kereta jenis Proton Wira dinaiki Muhammad Aliff Hafizzudin dan Nuralifah Ilyana.

“Rempuhan tersebut menyebabkan kereta dinaiki pasangan kekasih tersebut terbalik dan mereka tersepit di dalam kenderaan terbabit.

“Kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh bomba sebelum Nuralifah Ilyana dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, Nuralifah Ilyana kemudiannya dibawa ke HSNZ untuk rawatan lanjut manakala mayat Muhammad Aliff Hafizzudin pula dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki maut kemalangan selepas beli cincin tunang first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-65146889838474680702023-05-14T05:06:00.001-07:002023-05-14T05:06:07.174-07:00Setia jaga ibu terlantar sakit, lelaki meninggal dunia di sebelah katil
SEPANJANG bulan Ramadan, media sosial dipenuhi dengan pelbagai kisah kematian individu yang ‘pergi’ dalam keadaan mulia seperti ketika menunaikan solat di dalam masjid sehingga menimbulkan rasa sebak netizen.

Tidak terkecuali bagi kisah seorang lelaki ini apabila meninggal dunia sewaktu menjaga ibunya dipercayai akibat darah tinggi di kediaman mereka di Puchong, Selangor petang semalam.

Kisah menyedihkan itu dikongsi di akaun Facebook Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK) dengan memuat naik sekeping gambar memaparkan jenazah Allahyarham Mohd Feisal Izrael di sisi ibu yang terlantar di atas katil.

Difahamkan, arwah berusia 62 tahun itu sudah lama menjaga ibunya yang uzur dan sakit sebelum ditakdirkan menghembuskan nafas terakhir di bulan mulia ini.

“Ketika waktu nak berbuka puasa, menantu dan anak Allahyarham pulang ke rumah. Ketika mereka masuk ke bilik nenek, ingatkan ayah mereka sedang tidur.

“Bila cuba dikejutkan rupanya si ayah telah meninggal dunia di samping nenek,” tulis kapsyen pada posting tersebut.

Perkongsian itu juga memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham telah dibawa ke sebuah surau di Presint 20, Putrajaya sebelum dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang berhampiran.

Posting berkenaan dihujani kiriman al-Fatihah selain mendoakan arwah agar ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Sumber: Facebook Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih

The post Setia jaga ibu terlantar sakit, lelaki meninggal dunia di sebelah katil first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-66827292363488116912023-05-11T19:05:00.001-07:002023-05-11T19:05:08.594-07:00‘Ayah tolong, sakit… panas…’ – Budak perempuan 12 tahun rentung dalam kebakaran
BALING – “Saya dengar dengan jelas suara anak saya menjerit, ‘Ayah tolong, sakit…panas’ dan cuba tendang pintu bilik tetapi tak berjaya sebelum keluar menyelamatkan diri.

“Sampai sekarang saya masih terdengar suara dia jerit minta tolong, sedih tak dapat selamatkan anak,” kata Rozali Nayan, 55.

Ketika kejadian, Rozali dan isterinya, Norsakinah Shuib, 33, serta anak mereka, Nur Batrisyia Rozali, 12, sedang tidur di rumah berkenaan.

Kejadian disedari Norsakinah yang juga ibu tiri Nur Batrisyia selepas terhidu asap dan menyedari rumah mereka sedang terbakar sebelum mengejutkan suami serta anaknya.

Katanya, dia cuba menyelamatkan anaknya dengan menendang pintu bilik tetapi gagal berbuat demikian sebelum dia meminta tolong jiran berhampiran rumah.

“Saya sangat sedih kerana sudah berusaha untuk menyelamatkannya tetapi tidak berdaya sebab api merebak dengan cepat.

“Pasukan bomba sampai tak lama kemudian dan selepas api dipadamkan barulah jasad anak saya ditemui.

“Barangan saya musnah dan tak dapat diselamatkan malah kami kini tinggal sehelai sepinggang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mayat remaja perempuan itu ditemui dalam keadaan terlentang dan terbakar sepenuhnya.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui pada jam 9.40 pagi oleh pasukan Bomba sewaktu operasi pemadaman dilakukan.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kebakaran itu membabitkan sebuah rumah dua tingkat yang didirikan separuh kayu dan separuh batu yang didiami tiga orang iaitu bapa, ibu tiri serta remaja terbabit.

“Bapa mangsa cuba menendang pintu bilik mangsa namun gagal kerana pintu bilik mangsa dikunci dari dalam.

“Mangsa (si mati) dipercayai berada di tingkat atas dipercayai terjatuh ke tingkat bawah selepas api marak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

The post ‘Ayah tolong, sakit… panas…’ – Budak perempuan 12 tahun rentung dalam kebakaran first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-20335048784715388682023-05-08T02:04:00.001-07:002023-05-08T02:04:32.294-07:00Ibu Kaka Azraff meninggal dunia
PETALING JAYA – Ibu kepada penyanyi Kaka Azraff iaitu Redida Aziz, 64, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pukul 9.25 pagi tadi.

Kaka atau nama sebenarnya Noor Atiqa Noor Azraff, 34, berkata, ibunya mengalami serangan jantung dan ‘minor stroke’ Jumaat lalu dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

“Mak memang ada penyakit. Dia penghidap diabetes dan demensia lebih kurang hampir dua tahun tetapi demensia bukan tahap kronik lagi.

“Hari jumaat lalu mak kena serangan jantung, terus dibawa ke hospital dan hari ini dia (mak) menghembuskan nafasnya yang terakhir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Bukan Hal Aku itu mengakui sejak sebulan lalu, ibunya sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa beliau akan pergi buat selamanya.

“Semasa bulan puasa, mak masuk hospital dan dijaga oleh saya sendiri. Ketika itu, dia asyik cakap tidak mahu susahkan anak-anak dan berkali-kali meminta maaf dengan saya.

“Bila mak pergi (meninggal dunia) hari ini, mungkin inilah maksud dia tidak mahu susahkan anak-anak,” ujarnya

Kaka yang sedang sarat mengandung anak ketiga itu bagaimanapun bersyukur kerana urusan Allahyarham dipermudahkan dan reda dengan ketentuan Ilahi.

“Mak sudah sakit lama, biarlah mak berehat di sana, di sana mungkin lebih baik daripada kita yang berada di sini,” kata Kaka.

Jenazah dikebumikan hari ini selepas Zohor di tanah perkuburan berhampiran dengan kediaman ibunya di Teluk Panglima Garang, Klang, Selangor – KOSMO! ONLINE

The post Ibu Kaka Azraff meninggal dunia first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-21903119940602003582023-05-06T21:04:00.001-07:002023-05-06T21:04:54.051-07:00Pasangan suami isteri maut rempuh lori buat pusingan U
PADANG BESAR – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki merempuh belakang sebuah lori satu tan yang membuat pusingan U di Kilometer (KM) 7.6, Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran simpang Alor Sena, Paya, Beseri, di sini, hari ini.

Mangsa masing-masing berusia 32 dan 28 tahun berasal dari Langkawi bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di daerah ini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 3.45 petang yang memaklumkan mengenai kemalangan yang membabitkan sebuah motosikal dan lori di kawasan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila pemandu lori dari arah Padang Besar sedang menghala ke Kangar membuat pusingan U untuk menghala balik ke Padang Besar.

“Kedua-dua mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal Honda Vario yang datang dari arah Kangar bagaimanapun tidak sempat mengelak sebelum melanggar bahagian belakang lori,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati laluan berkenaan adalah sebuah jalan lurus dan mempunyai garisan berkembar.

“Malah, siasatan selanjutnya turut mendapati pemandu lori berusia 67 tahun itu tidak mempunyai lesen memandu yang sah namun hasil ujian saringan awal air kencing pemandu lori itu bagaimanapun didapati negatif.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah Kangar bagi urusan bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori itu bagaimanapun tidak ditahan reman berikutan faktor usia serta didapati mempunyai masalah kesihatan dan pendengaran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Mohd Shokri berkata, saksi kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor P Povandran di talian 019-4702312 bagi membantu siasatan.

The post Pasangan suami isteri maut rempuh lori buat pusingan U first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-80477027589198062682023-05-05T20:04:00.001-07:002023-05-05T20:04:59.445-07:00Dua beradik maut dalam perjalanan ke tempat kerja
SEREMBAN – Dua beradik yang maut selepas terbabit nahas di Kilometer (KM) 257.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini semalam, baru bekerja sebagai pemandu kren sejak sebulan lalu di Taman Perindustrian Taman Tuanku Jaafar di sini.

Mangsa, Mohd. Husaini Amir Harun, 29, dan adiknya, Muhammad Amirul Syafiq Harun, 25, masing-masing berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu.

Menurut isteri arwah Mohd. Hussaini, Nurfarha Shahdan, 32, suami dan adik iparnya berulang-alik dari rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor ke Seremban setiap hari untuk bekerja di sebuah kilang di sini.

“Lebih sebulan mereka bekerja di situ. Mereka berdua masuk kerja pada pukul 7 pagi. Suami saya merupakan anak keenam daripada tujuh beradik, manakala adik ipar pula anak bongsu.

“Mereka berdua memang sangat rapat sehinggakan Amirul tinggal bersama kami di Puchong. Saya terkejut mengetahui mereka terlibat kemalangan, namun reda dengan kejadian ini,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini semalam.

Jenazah dua beradik itu dikebumikan di Kuala Terengganu selepas selesai bedah disiasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, motosikal ditunggang dua beradik tersebut melanggar sebuah lori di lokasi kejadian pada pukul 7.05 pagi.

Mohd. Husaini merupakan penunggang motosikal, manakala adiknya pula pembonceng.

“Siasatan mendapati, lori muatan makanan haiwan sedang bergerak di lorong kiri. Motosikal Yamaha yang ditunggang mangsa di lorong kecemasan mengubah haluan ke lorong kiri dan melanggar belakang kenderaan berat tersebut.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Dalam pada itu, rakan sekerja mangsa, Mustaqim Abdul Kadir, 36, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan dua beradik tersebut pada Rabu lalu ketika mereka keluar makan.

“Saya tahu mengenai kejadian menimpa mereka daripada rakan sekerja lain. Kali terakhir saya jumpa mereka kelmarin (Rabu) dan sempat bertegur sapa.

“Waktu kerja kami bermula pukul 7 pagi sehingga 10 malam. Bekerja sebagai pemandu kren biasanya banyak berada di lokasi. Saya sudah mengenali mereka sejak dua tahun lalu.

“Sepanjang perkenalan, mereka berdua memang baik, mesra dan rajin bekerja,” katanya.

The post Dua beradik maut dalam perjalanan ke tempat kerja first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-45828669755850272512023-05-05T03:05:00.001-07:002023-05-05T03:05:03.765-07:00Pelakon era 90-an, Roslan Hussin meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah drama era 1990-an, Roslan Hussin, 54, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, pada jam 4.45 petang tadi selepas mengadu sesak nafas ketika memandu kereta.

Allahyarham yang ditemani anak perempuannya, sempat memberhentikan kenderaan dan meminta bantuan orang awam untuk membawanya ke hospital.

Setibanya di HKL, Allahyarham dikejarkan ke wad kecemasan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak.

Adik Roslan, Mashor memberitahu, doktor cuba memberi bantuan pernafasan terhadap abangnya, namun tidak berjaya.

“Sebelum kejadian, arwah mengadu sesak nafas ketika sedang memandu bersama anak perempuannya.

“Selepas mendapat bantuan orang ramai, arwah terus dikejarkan ke wad kecemasan untuk diberi bantuan pernafasan,” katanya kepada BH Online.

Mashor berkata, jenazah Allahyarham akan dimandi dan dikapankan di Surau Al Husna, Setapak, esok, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9 pagi.

Bulan lalu, BH melaporkan kesihatan Roslan semakin merosot malah pergerakannya terbatas gara-gara serangan angin ahmar, tahun lalu.

Dalam temuramah itu, Roslan memberitahu, beliau diserang angin ahmar pada 18 Mac tahun lalu hingga terlantar sebulan dan bergantung kepada tiub.

Selain itu, Roslan mengalami masalah kesihatan termasuk lemah jantung, semput, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

The post Pelakon era 90-an, Roslan Hussin meninggal dunia first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-77430160067272314272023-04-27T16:05:00.001-07:002023-04-27T16:05:34.514-07:00‘Semua organ dalaman, jantung anak saya hangus’ – Wanie
KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia disyaki akibat strok haba dan dehidrasi, kelmarin.

Kanak-kanak berkenaan, Muhamad Syamil Aqil, menghembuskan nafas terakhir di Klinik Kesihatan Balai dekat Bachok, jam 9.27 pagi.

Menceritakan perkara itu, ibu kanak-kanak berkenaan, Wanie Alias, 32, berkata, anaknya sebelum itu iaitu pada Hari Raya Aidilfitri pertama dan kedua masih sihat dan aktif beraya bersama adik-beradik dan saudara-mara.

Katanya, anak sulung daripada tiga beradik itu sangat aktif apabila dapat bermain basikal sebelum demam dan cirit-birit pada hari raya ketiga.

“Saya sentiasa memantau keadaan anak pada setiap jam dan mendapati suhunya sekitar antara 37 hingga 38 darjah Celcius.

“Pada hari raya keempat selepas Subuh, saya lihat keadaan anak lemah sebelum mahu membawa anak ke klinik kesihatan, namun ketika sedang bersiap anak secara tiba-tiba diserang sawan.

“Saya terus membawa anak ke Klinik Kesihatan Balai dan sampai di sana doktor terus memberi oksigen dan branula untuk masuk air. Namun, tekanan nadi anak tiba-tiba terhenti dan anak didapati pengsan,” katanya di sini, hari ini.

Wanie berkata, doktor berusaha melakukan yang terbaik apabila memberikan bantuan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Katanya, beliau dan suami terpaksa reda apabila anak mereka gagal diselamatkan apabila menghembuskan nafas terakhir 9.27 pagi.

Beliau berkata, jenazah anaknya kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan hasilnya mendapati anaknya meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi.

“Semua isi di dalam, jantung dan buah pinggang sudah hangus. Begitu juga air dan darah dalam tubuh sudah kering.

“Saya mahu ibu bapa mengambil iktibar dari cerita ini dan jangan bagi anak-anak main panas terik berikutan suhu masa ini sangat tinggi. Bagi anak minum air secukupnya,” pesannya.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak lelaki itu meninggal dunia kerana strok haba dan dehidrasi.

“Bedah siasat di HRPZ II keputusan awal mendapati kanak-kanak itu diserang strok haba dan dehidrasi,” katanya.

The post ‘Semua organ dalaman, jantung anak saya hangus’ – Wanie first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-14169965625984683052023-04-19T17:05:00.001-07:002023-04-19T17:05:33.721-07:00Hasrat pulang beraya tak kesampaian, 2 beranak maut dalam kemalangan
MARANG: Dua beranak maut manakala enam sekeluarga mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 28 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan dekat Pulau Kerengga, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, mangsa yang maut ialah Subhi Sayuti Abd. Ghani, 43, yang bekerja sebagai pemandu Grab dan anak perempuannya, berusia tujuh tahun, Syuhada Hafiy, 7.

Sementara itu, enam mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan itu pula mengalami kecederaan iaitu pasangan suami isteri, Nazarullah Sekawi, 37, dan Nurul Ermanazita Hashin, 34, bersama empat anak mereka yang berusia antara lima hingga 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki dua beranak yang maut, kenderaan utiliti sukan (SUV) Rexton Syanyong dan sebuah Perodua Kenari.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Alza dipandu Subhi Sayuti dari Kuala Lumpur untuk balik ke rumah ayahnya di Taman Hidayah, di sini, telah memasuki laluan bertentangan.

“Akibat daripada itu, kenderaan tersebut terlanggar Rexton Syanyong dinaiki enam sekeluarga dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan sebelum berpusing dan melanggar bahagian sisi hadapan sebelah kiri Perodua Kenari.

“Pemandu Perodua Alza maut di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian kepala manakala anaknya meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Zain, enam sekeluarga yang cedera itu beralamat di Kampung Tok Lam Dalam, Kuala Terengganu dekat sini turut dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan setelah mengalami kecederaan di muka serta anggota badan.

Katanya lagi, pemandu Perodua Kenari berusia 28 tahun pula tidak mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa yang maut di tempat kejadian itu kemudian dihantar ke HSNZ untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

The post Hasrat pulang beraya tak kesampaian, 2 beranak maut dalam kemalangan first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-63028191735676324272023-04-18T22:07:00.001-07:002023-04-18T22:07:15.892-07:00Nenek maut selamatkan cucu daripada dirempuh motosikal
KOTA KINABALU – Seorang wanita yang cuba menyelamatkan cucunya daripada dilanggar ketika kanak-kanak itu melintas jalan, maut dirempuh motosikal di Jalan UMS, berhampiran Kampung Rampayan, Manggatal, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, mangsa berusia 56 tahun maut akibat cedera di bahagian kepala, manakala penunggang motosikal berusia 46 tahun yang juga cedera di kepala turut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, cucu wanita terbabit berusia sembilan tahun dan pembonceng wanita berusia 47 tahun hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menaiki motosikal bersama teman wanitanya dari arah Indah Permai menuju ke 1Borneo.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang wanita dilihat tiba-tiba melintas jalan bersama cucunya.

“Penunggang motosikal itu gagal mengelak dan terus merempuh wanita terbabit sebelum terbabas ke bahu jalan.

“Kanak-kanak perempuan itu hanya cedera ringan selepas sempat ditolak neneknya bagi mengelak dilanggar motosikal berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, pembonceng motosikal turut mengalami kecederaan ringan di muka dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Katanya, siasatan lanjut kes itu masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

The post Nenek maut selamatkan cucu daripada dirempuh motosikal first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-9870377973385875362023-04-18T04:06:00.001-07:002023-04-18T04:06:34.988-07:00Pelajar tahfiz maut kemalangan ketika keluar beli baju raya
KOTA BHARU – Pelajar tahfiz maut selepas van yang dinaiki bersama 11 rakan lain terbabas ke dalam parit di Taman Bendahara berdekatan Jalan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 11.32 pagi, mangsa Wan Ahmad Izzat Alauddin Mohd Faris, 12, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Ibu mangsa, Wan Noor Azilah Wan Sulaiman, 48, berkata dia menerima khabar kemalangan menimpa anak tunggalnya melalui kumpulan WhatsApp pusat tahfiz berkenaan.

Menurutnya, dia kemudian bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya mengambil masa selama 15 minit dari kediamannya.

Katanya, sebaik sampai ke lokasi kejadian, hatinya luluh melihat tubuh anaknya terbaring kaku tidak bernyawa, namun tetap menguatkan semangat membuka kain yang menutupi arwah.

“Sepatutnya, malam ini saya mengambil Wan Ahmad Izzat pulang ke rumah untuk beraya, tetapi Tuhan lebih menyayanginya. Dia pergi buat selamanya ketika beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Malam tadi, adalah malam terakhir kami berbual melalui telefon yang mana dia ada bertanya pendapat saya untuk membeli baju raya warna apa. Tidak sangka keterujaan dia untuk keluar membeli kelengkapan raya bersama rakan tahfiz adalah petanda untuk dia pergi buat selamanya.

“Saya reda dengan kehilangan satu-satunya anak yang saya ada dan berdoa semoga segala urusan jenazah dapat disegerakan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik HUSM, di sini.

Wan Noor Azilah berkata, jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chiku 7, Gua Musang.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Alam Nasut Ilias berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam lalu bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai, terdapat van milik sebuah pusat tahfiz terbabas ke dalam parit dan seorang pelajar meninggal dunia, manakala 11 pelajar lain cedera,” katanya.

The post Pelajar tahfiz maut kemalangan ketika keluar beli baju raya first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-84825983595777410342023-04-18T01:05:00.001-07:002023-04-18T01:05:00.845-07:00Gadis tak mengaku salah curi kad ATM beli iPhone 14 Pro
KUALA LUMPUR – Wanita yang didakwa mencuri dan menggunakan wang milik ibu saudara tirinya untuk membeli telefon pintar jenis iPhone 14 Pro dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan itu.

Tertuduh, Nur Humaira Shanuk Haziki, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nadia Othman.

Mengikut pertuduhan, Nur Humaira didakwa mencuri kad debit milik ibu saudara tirinya berusia 26 tahun dan mengeluarkan wang berjumlah RM8,200 tanpa pengetahuan wanita itu.

Perbuatan itu dilakukan di Regalia Residence, Chow Kit di sini, antara 23 Mac sehingga 24 Mac lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(3) akta sama, memperuntukkan denda maksimum RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan pula, dia didakwa menyalahgunakan wang berkenaan yang dikeluarkan dari akaun RHB tanpa pengetahuan di lokasi sama pada tarikh sama.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nom Phot Prackdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak bekerja memohon supaya dibenarkan ikat jamin dengan jumlah paling rendah dan memberitahu mahkamah bahawa bapa saudara akan hadir menjaminnya.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM4,000 dengan dua penjamin dalam kalangan ahli keluarga, selain syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Mahkamah turut menetapkan 18 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Harian Metro pada 14 April lalu melaporkan, polis menahan seorang wanita kerana disyaki mencuri RM8,200 dari akaun bank ibu saudara tirinya itu untuk membeli iPhone.

Suspek ditahan di sebuah premis di Pandan Perdana jam 12.25 tengah malam dan polis turut menemui kad ATM milik mangsa, selain merampas telefon pintar dipercayai dibeli menggunakan wang dicuri.

Perbuatan tertuduh tular di media sosial selepas mangsa meluahkan perasaan terkilan apabila layanan baik untuk membantu anak saudaranya itu dibalas dengan cara sedemikian lebih-lebih lagi ia berlaku pada minggu pertama Ramadan.

Wanita itu dilaporkan terkejut apabila akaun hanya berbaki RM500 menyebabkan dia tidak mampu membayar semua komitmen bulanan termasuk sewa rumah.

The post Gadis tak mengaku salah curi kad ATM beli iPhone 14 Pro first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-69603835971681401102023-04-16T22:05:00.001-07:002023-04-16T22:05:01.156-07:00Adik bongsu Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia
KOTA BHARU – Tokoh ulama dan pendakwah, Ustaz Nik Razi Nik Mat menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar pukul 8 pagi Isnin di rumahnya di Pulau Melaka, di sini.

Berita duka pemergian Nik Razi Nik Mat yang juga adik bongsu bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dikongi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam catatan di akaun Facebook beliau, hari ini.

“Berita duka kembalinya menemui pencipta tokoh ulama Kelantan Tuan Guru Nik Razi Nik Mat pada pagi ini 26 Ramadan 1444H setelah diuji sakit terlantar hampir 4 bulan.

“Almarhum yang juga merupakan adinda kepada Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memberi sumbangan yang begitu besar khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan kepada masyarakat.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya merakamkan takziah kepada ahli keluarganya Allahyarham Tuan Guru. Semoga Allah SWT membalas segala jasa yang dicurahkan, mengampunkan dan merahmatinya di sisi para solehin,” tulisnya.

Sebelum ini, Allahyarham yang juga Bendahari Dewan Ulama Pas Kelantan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan dibawa pulang ke rumah bulan lalu.

Difsahammkan, solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan dikenali sebagai pendakwah yang cukup gigih khususnya dalam membangunkan institusi pendidikan Islam.

Allahyarham Nik Razi juga merupakan bekas pensyarah Pondok Kandis Bachok dan bekas pengetua Maahad Muhammadi Lelaki.

The post Adik bongsu Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-64723417778630627672023-04-16T16:04:00.001-07:002023-04-16T16:04:33.031-07:00Penyanyi lagu Selagi Ada Rindu meninggal dunia
ALOR SETAR – Pencipta dan penyanyi lagu ‘Selagi Ada Rindu’, Shafie Ahmad, 54, atau lebih dikenali sebagai Pak Long meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, petang tadi, dipercayai akibat paru-paru berair.

Menurut anaknya, Nur Muhammad Idhoffy, 18, berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.50 petang tadi di sisi semua tujuh anaknya dan isteri selepas tiga hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

“Arwah bapa dirawat di HSAH sejak 8 Februari lalu, selepas dipindahkan dari Hospital Sik. Sebelum ini abah dirawat di Hospital Sik selama 25 hari iaitu sejak awal Januari lalu akibat demam panas.

“Doktor beritahu paru-paru abah berair selain turut mengesyaki abah menghidap kanser darah,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dibawa pulang rumahnya di Kampung Batu 8, Sik tengah malam ini, dan dikebumikan pagi esok.

Selain terkenal dengan lagu Selagi Ada Rindu, Pak Long turut mencipta lagu ‘Cinta Pantai Merdeka’ nyanyian Tropika dan lagu ‘Al Jannah’ nyanyian Mawi.

Bulan lalu, Allahyarham yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik sebelum ini kecuali hanya mengidap kencing manis yang masih terkawal terlantar di Hospital Sik akibat demam panas.

The post Penyanyi lagu Selagi Ada Rindu meninggal dunia first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-73771566127452837642023-04-16T08:04:00.001-07:002023-04-16T08:04:10.262-07:002 cikgu sekolah memandu maut tersepit, kereta bertembung lori
BALING – Dua pengajar latihan memandu maut selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori jenis Isuzu di Jalan Baru Baling – Kupang, hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Hanis Fahmi Abu Bakar, 23, dan Muhamad Firdaus Z Rosli, 36.

Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di muka serta badan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pada jam 1.02 petang, anggotanya yang bertugas di pejabat pertanyaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan berlaku kemalangan maut membabitkan sebuah lori dengan sebuah sebuah kereta di Jalan Baru Baling-Kupang.

Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati lori terbabit dari arah Charok Nau menghala ke Kuala Ketil.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta Perodua Viva yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu berpusing masuk ke laluan lori dan berlanggar di bahagian hadapan kenderaan itu.

“Selepas itu, Perodua Viva itu terbabas masuk ke dalam longkang di tepi jalan arah ke Kupang.

“Akibat daripada kemalangan itu, pemandu dan penumpang hadapan kereta itu tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata, kelindan lori terbabit mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Baling untuk rawatan.

Beliau berkata, mayat pemandu dan penumpang kereta Perodua Viva dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Pemandu lori berusia 27 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya.

The post 2 cikgu sekolah memandu maut tersepit, kereta bertembung lori first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-1972175948175125622023-04-15T17:04:00.001-07:002023-04-15T17:04:44.096-07:00Pemandu bas putus tangan, dua penumpang cedera
PASIR PUTEH – Seorang pemandu putus tangan kanan selepas bas yang dipandunya merempuh sebuah lori dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Pintasan Kampung Seri Aman, di sini, petang tadi.

Kejadian pukul 4.20 petang itu turut mengakibatkan dua penumpang bas mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, semasa kejadian bas henti-henti yang dipandu Mohamad Amiruddin Azhar, 26, dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bas tersebut hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori yang sedang berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah.

“Rempuhan bas ke atas bahagian belakang lori itu menyebabkan kenderaan tersebut telah meluncur ke hadapan dan merempuh tiga buah kereta yang berhenti di hadapannya.

“Pemandu ketiga-tiga buah kereta yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Zaizul Rizal turut menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati semasa memandu kenderaan menjelang musim perayaan.

Katanya, pengguna turut dinasihatkan supaya memastikan kenderaan diselenggara dengan baik dan tidak meneruskan pemanduan jika mengantuk.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkait kemalangan itu diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Muhammad Syahril Ishak di talian 011-62963162 bagi membantu siasatan,” ujarnya.-UTUSAN

The post Pemandu bas putus tangan, dua penumpang cedera first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-82027656491078803792023-04-15T15:04:00.001-07:002023-04-15T15:04:09.152-07:00Pelakon drama ‘Nur’ Kamsani Ismail meninggal dunia
PELAKON Kamsani Ismail yang pernah popular menerusi drama bersiri Nur dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi penyakit diabetes dan jangkitan kuman pada malam Rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 60 tahun.

Anak Allahyarham, Muhd Amin Kamsani, 25, berkata, bapanya itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka pada pukul 11.39 malam.

“Sedekahkah Al-Fatihah untuk arwah ayahanda saya, Kamsani Ismail yang telah kembali ke rahmatullah, 4 Januari hari Rabu pada 11.39 malam.

“Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya.

Terdahulu, arwah dilaporkan pernah menerima rawatan di sebuah klinik swasta di Klebang sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Kamsani meninggalkan seorang balu iaitu Norhayati Yusoff, 53 dan enam orang anak yang berusia 18 hingga 36 tahun.

Sementara itu, jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Klebang, Melaka.

Allahyarham pernah membintangi beberapa drama seperti Nur, Nenek Kebayan dan Shh… I Love You.

The post Pelakon drama ‘Nur’ Kamsani Ismail meninggal dunia first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-3836845869701400692023-04-15T14:04:00.001-07:002023-04-15T14:04:12.180-07:00‘Arwah sempat beri emak wang beli baju raya’
ALOR GAJAH – Sambutan Aidilfitri buat sebuah keluarga di sini bakal disambut hiba apabila kehilangan dua orang tersayang yang maut dalam kemalangan di Jalan Lendu di sini, pada Jumaat.

Mangsa, Muhammad Hasraf Amin Hasrin, 23, yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik maut bersama bapa saudaranya, Mohd Firdaus Yusof, 38, selepas kereta jenis Perodua Myvi dinaiki mereka hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok kira-kira jam 12 tengah malam.

Menurut adik mangsa, Muhammad Aliff Iman Hasrin, 15, pemergian dua insan yang rapat serentak lebih-lebih lagi hari raya semakin hampir memberi tamparan hebat buatnya sekeluarga lebih-lebih dia turut kehilangan abang sulung pada Ogos lalu akibat serangan jantung.

Katanya, daripada empat beradik kini, hanya tinggal dua beradik termasuk seorang abang yang bekerja sebagai pemandu bas dan menetap di Telok Mas.

“Raya kali ini tak bermakna bagi kami, hilang dua insan dan sebelum itu pemergian abang sulung yang belum sampai setahun.

“Apa pun kena reda dengan ketentuan cuma tiada sambutan berbanding sebelum ini,” katanya.

Muhammad Aliff Iman turut menyifatkan arwah abangnya seorang yang ceria malah sempat memberikan ibunya wang untuk membelikan pakaian raya untuknya.

“Arwah seperti biasa, namun sikapnya sejak kebelakangan ini lebih pemurah dan suka belanja makan.

“Malah dia sempat bagi wang pada mak untuk belikan baju raya saya,” katanya lagi.

Sementara itu, Rohaya Yusof, 47, yang juga kakak kepada Allahyarham Mohd Firdaus berkata, pemergian adiknya itu meninggalkan dua anak yang masih bersekolah iaitu Muhammad Haikal Firdaus, 14, dan Muhammad Hazim Fridaus, 11.

Menurutnya, sebelum kejadian mereka sempat berbuka bersama di kedai makan mereka sekeluarga dan Mohd Firdaus mengajaknya untuk ke bazar namun ditolaknya.

Katanya, sejak beberapa hari sebelum kejadian, hubungan kedua-dua mangsa begitu rapat malah anak saudara dan bapa saudara itu dilihat sering ke mana-mana bersama termasuk ke kedai runcit berhampiran.

Menurutnya, adiknya yang berstatus duda itu telah empat kali pergi ke bazar Masjid Tanah untuk membeli baju raya, namun pelik setiap kali ke bazar dia masih belum membeli baju yang berkenan.

“Saya pun tak tahu kenapa dia berat hati nak beli baju raya, sedangkan dah empat kali ke bazar termasuk ketika kejadian malam tadi juga mereka dalam perjalanan ke bazar.

“Mungkin sudah ajal mereka berdua pergi di bulan Ramadan dan kami sekeluarga reda dengan ujian menimpa kehilangan dua ahli keluarga serentak,” katanya.

Jenazah kedua-dua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kelemak dalam satu liang lahad.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan hajat seorang pekerja kilang untuk membawa bapa saudaranya membeli persiapan raya tidak tercapai apabila mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Lendu Masjid Tanah, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, mangsa, Muhammad Hasraf Amin Hasrin, 23, dan bapa saudaranya, Mohd Firdaus Yusof, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi penumpang bahagian belakang, Azizul Hamis@Jainy mengalami cedera parah.

The post ‘Arwah sempat beri emak wang beli baju raya’ first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-17495628497817943582023-04-14T20:04:00.001-07:002023-04-14T20:04:35.056-07:00Guru Besar maut dalam perjalanan hantar sumbangan anak yatim
PASIR PUTEH – Guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai dirempuh oleh sebuah kereta dalam kejadian di kilometer 12 Jalan Pasir Puteh – Machang – Grik di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa, Wan Ab Hisham Wan Noh, 55, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian seorang pemandu wanita berusia 20 tahun dalam perjalanan dari arah Machang menghala ke Pasir Puteh.

“Setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 39 tahun yang berada dibelakangnya telah hilang kawalan lalu melanggar kereta wanita terbabit di bahagian sisi kiri.

“Akibat pelanggaran itu, menyebabkan kereta dipandu wanita berkenaan hilang kawalan dan telah memasuki laluan bertentangan serta merempuh motosikal yang ditunggang oleh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, dipercayai wanita terbabit tidak sempat mengelak sehingga menyebabkan mereka bertembung.

Ujarnya, tangkapan telah dibuat terhadap lelaki berkenaan yang merupakan pemandu lori bagi melakukan siasatan lanjut.

Zaizul Rizal memberitahu, hasil pemeriksaan air kencing terhadapnya mendapati dia positif methampetamine. – Sinar Harian

The post Guru Besar maut dalam perjalanan hantar sumbangan anak yatim first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-33341858593894802352023-04-14T06:04:00.001-07:002023-04-14T06:04:42.701-07:00Hasraf dan bapa saudara maut dalam perjalanan ke bazar Aidilfitri
ALOR GAJAH – Hajat seorang pekerja kilang untuk membawa bapa saudaranya membeli persiapan raya tidak tercapai apabila mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Lendu Masjid Tanah, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, mangsa, Muhammad Hasraf Amin Hasrin, 23, dan bapa saudaranya, Mohd Firdaus Yusof, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi penumpang bahagian belakang, Azizul Hamis@Jainy mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketiga-tiga mangsa menaiki Perodua Myvi dari arah Taman Dimensi Lendu menuju ke arah Masjid Tanah.

Bagaimanapun, ujar beliau, setiba di lokasi kejadian kereta dipandu Muhammad Hasraf hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di bahu kiri jalan.

“Siasatan awal mendapati mereka dalam perjalanan menuju ke bazar Aidilfitiri di Masjid Tanah.

“Impak kemalangan itu pemandu dan bapa saudaranya yang duduk di kerusi penumpang hadapan kereta meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala, manakala Azizul yang mengalami cedera parah dikejarkan ke Hospital Alor Gajah dan dirawat di zon merah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Jumaat.

Arshad berkata, mayat kedua-dua saudara itu dibawa ke unit forensik hospital sama untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

The post Hasraf dan bapa saudara maut dalam perjalanan ke bazar Aidilfitri first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-3902567786691141312023-04-14T03:04:00.001-07:002023-04-14T03:04:41.116-07:00‘Inspektor Nizam sudah tiada’
KUALA LUMPUR – Pelakon Nizen Ayob yang memegang watak Inspektor Nizam dalam siri popular, Gerak Khas, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, kira-kira jam 11.43 pagi tadi.

Dua teman artis, Salina Saibi dan Sheera Iskandar yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama kepolisan terbitan Skop Production itu, berkongsi berita sedih mengenai pemergian Nizen melalui status lnstagram.

“Sahabat kami dalam Gerak Khas sudah pergi meninggalkan kita, sebentar tadi. Menurut kakak iparnya, doktor memaklumkan buah pinggangnya sudah separuh rosak hingga koma.

“Jenazah dimandikan di HSA, Johor Bahru sebelum dibawa pulang ke rumah keluarganya.

“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepadanya. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan beriman.”

Arwah dikatakan mempunyai pertalian darah dengan bintang veteran, Allahyarham Datuk S Roomai Noor dan Allahyarham Datin Umi Kalthum.

Pelakon yang berwajah mirip Iqram Dinzly ini bermula sebagai model di pentas peragaan dan pelakon tambahan di Johor Bahru. Arwah mula meraih perhatian selepas ditawarkan pelakon pembantu pada 2008.

Antara drama lakonan arwah termasuk Janji Jaslina, Istikharah Cinta dan Cinta Jannah. Nizen pernah menyertai program realiti, Pilih Kasih musim ketiga.

The post ‘Inspektor Nizam sudah tiada’ first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6162466677846856207.post-42260220209353213302023-04-13T16:04:00.001-07:002023-04-13T16:04:56.117-07:00Pasangan suami isteri maut angkara tayar lori pecah
ALOR SETAR: Sepasang suami isteri maut, selepas kereta Proton Preve dinaiki mereka, terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori satu tan dalam nahas di Kilometer 38.2, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata kemalangan pada jam 6.29 petang itu, dipercayai berlaku apabila lori terbabit hilang kawalan selepas tayarnya pecah secara tiba-tiba.

“Siasatan awal mendapati, lori berkenaan berada di lorong kiri, manakala kereta Proton Preve dinaiki pasangan itu berada di lorong kanan.

“Secara tiba-tiba, tayar belakang sebelah kiri lori itu pecah menyebabkannya ia hilang kawalan hingga berlanggar dengan Proton Preve terbabit sebelum kereta itu terbabas ke kiri lalu melanggar pokok,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Shukri berkata, pemandu kereta iaitu seorang wanita berusia 31 tahun manakala penumpang lelaki berumur 35 tahun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik.

Beliau berkata, pemandu lori itu turut mengalami kecederaan di kepala dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk menerima rawatan.

“Jenazah kedua-dua mangsa turut dihantar ke Jabatan Forensik hospital sama untuk dibedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin, berkata kedua-dua mangsa yang maut akibat tersepit dalam kereta yang dinaiki.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa sebelum jenazah kedua-dua mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

The post Pasangan suami isteri maut angkara tayar lori pecah first appeared on Wowberita.

via Wowberita
post2http://www.blogger.com/profile/14933240811604487072noreply@blogger.com0