Oleh: Aimi Nordin. Sumber: purewow.com
Tak kisah lah anda seorang ulat buku ataupun tak pernah langsung memegang buku, 9 perpustakaan seluruh dunia ini pasti buat anda terpegun dan ingin membaca buku di dalam perpustakaan ini.
#1. Bibliotheque Sainte-Genevieve, France
Salah satu biara tertua di Paris, Sainte-Genevieve ditubuhkan pada abad keenam. Bertahun tahun kemudian, ia diilhamkan oleh arkitek Amerika, Charles Follen McKim yang mereka bentuk Boston Public Library.
#2. Royal Portuguese Reading Room, Brazil
Dibina pada tahun 1880-an, rumah perpustakaan di Rio De Janeiro ini mempunyai 350,000 buku di rak gothic yang menakjubkan.
#3. Liyuan Library, China
Bangunan yang terletak dalam Jiaojiehe telah direka untuk menggabungkan unsure hutan dan paling mengejutkan perpustakaan ini memenangi banyak hadiah seni bina.
#4. The George Peabody Library, Maryland
Walaupun ia berfungsi sebagai perpustakaan penyelidikan untuk Universiti Baltimore Johns Hopkins namun semua jumlah buku cukup untuk orang ramai.
#5. Admont Abbey Library, Austria
7 lukisan dinding menghiasi siling di sini telah siap dibina sepanjang musim panas oleh pelukis Bartolomeo Altomonte yang berusia 80 tahun pada ketika itu.
#6. Parque Biblioteca Espana, Colombia
Jangan tertipu. Sebenarnya perpustakaan ini di Medelin, ketiga-tiga bangunan bertujuan menyerupai batu dan diterangi pada waktu malam. Projek ini dibiayai oleh kerajaan Sepanyol.
#7. New York Public Library
Perpustakaan keempat terbesar didunia, NYPL memegang lebih daripada 53 juta barangan dan dibina lebih 12 tahun menggunakan 530,000 kaki padu marmar.
#8. Rampur Raza Library, India
Manuskrip asal terjemahan pertama al –Quran adalah salah satu daripada banyak dokumen luar biasa yang terdapat di rak perpustakaan mewah di Uttar, Pradesh ini.
#9. Royal Library Of Copenhagen, Denmark
Perpustakaan ini digelar Black Diamond untuk seni bina moden.
via sumber
0 Comments