Ringgit ditutup lebih rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini di tengah-tengah pengukuhan dolar dan kejatuhan harga minyak, kata seorang peniaga.

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.2680/2730 berbanding dolar AS pada 4.2600/2640 ketika ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata, dolar AS kembali tenang dengan Indeks Dolar AS (DXY) meraih semula paras 96.00 selepas mencatatkan paras 95.80 pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata harga-harga minyak merosot selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak dan sekutunya (OPEC+) bersetuju merendahkan pengurangan bekalan mulai Ogos.

Bagaimanapun, kejatuhan itu ditampan oleh jangkaan meningkatnya permintaan dari AS susulan penurunan besar stok minyak mentah negara berkenaan.

Ketua Strategi pasaran global AxiCorp, Stephen Innes, berkata mata wang tempatan lemah sejajar dengan mata wang Asia yang lain.

Ini secara tidak langsung disebabkan oleh jumlah jualan runcit di China yang lebih rendah daripada jangkaan pagi ini, merosot 3.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua, kata beliau.

"Ini menunjukkan yang pengguna tidak berbelanja dan ini mencerminkan betapa lemahnya apa yang diharapkan menjadi pemulihan ekonomi yang digerakkan oleh pengguna.

"Yang pastinya ini telah menjejaskan ringgit memandangkan Malaysia mempunyai hubungan eksport yang kukuh dengan China," tambah beliau.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Unit tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3435/3519 daripada 5.3680/3748 dan lebih tinggi berbanding yen kepada 3.9828/9882 daripada 3.9835/9877 semalam.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0626/0666 daripada 3.0661/0694 pada Rabu dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.8570/8640 daripada 4.8675/8729. - BERNAMA



Sumber : Ringgit ditutup lebih rendah

Post a Comment

0 Comments