Lelaki kurang ajar simbah air Milo pada jurutol

Seorang jurutol wanita berdepan detik cemas apabila dia disimbah dengan air minuman oleh seorang lelaki ketika sedang bertugas pagi tadi.

Lelaki berkenaan difahamkan mahu menambah nilai kad Touch N Go (TNG) namun perkhidmatan itu tidak disediakan di lorong tersebut.

Menurut mangsa yang dikenali sebagai Fatin, dia menjelaskan perkara itu secara baik dan meminta lelaki itu supaya membuat urusan di lorong yang sepatutnya.

 

View this post on Instagram

 

Gangster betul orang melayu ni😇 #viralpost #kiniviral #kongsiviral

A post shared by @ ften.syfqah on

Lelaki itu terpaksa akur dan pergi menambah nilai di lorong sebelah tetapi sebelum meneruskan perjalanan, dia sempat mengintai ke dalam pondok tol seolah-olah tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Fatin.

Mangsa beranggapan kes itu sudah selesai namun selang beberapa jam selepas itu, lelaki itu datang semula lalu menyimbah air Milo ais ke dalam pondok tolnya.

Lelaki itu turut mengeluarkan kata-kata kurang manis kepada Faten sebelum beredar.

The post Lelaki kurang ajar simbah air Milo pada jurutol first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments