Oleh Ina Mohd. Sumber FB Kisah Benar.
Fesyen mempunyai pelbagai konsep adakala menarik perhatian dan ada juga menerima kritikan. Tetapi itu semua kreativiti pereka fesyen. Kadang-kadang hanya mahu menunjukkan inspirasi daripada mana mereka mendapat idea. Jika bernasib baik rekaan mereka dibeli ramai orang.
Tetapi fesyen yang kami lihat ini agak pelik. Seperti biasa ramai yang mengkritik tidak kurang juga memberi pandangan positif. Apabila kreativiti terlebih itu menjadi lawak juga. Tetapi sebenarnya apa yang ditampilkan oleh remaja ini, dia menggunakan bahan terbuang. Dari bahan terbuang boleh dihasilkan fesyen yang pelik tetapi unik.
Jangan pula ada yang memakainya ditengah-tengah bandar. Tetapi kalau anda pakai, beritahu kami apa orang sekeliling beri pendapat ya. Remaja yang kami maksudkan ini memang terkenal kerana memuat naik gambar “fesyennya” yang pelik.
Dia menggunakan tayar kereta, daun-daunan, plastik sampah dan beg plastik. Unik ke tidak? Anda tentukan!
via sumber
0 Comments