Bayangkan nak telan sebiji ubat tu pun kadang-kadang payah, ini kan pula telan telefon.
Di Dublin, seorang banduan, 29, telah dikejarkan ke hospital selepas muntah tanpa henti. Menurut laporan Metro.uk, banduan tersebut terpaksa dibedah untuk mengeluarkan telefon yang ditelannya.
Pembedahan terpaksa dilakukan selepas doktor gagal menarik keluar telefon itu dengan alat yang dilengkapi kamera.
Demi menyelamatkan nyawa banduan tersebut, pakar bedah terpaksa menggunakan kaedah ‘laparotomy’ dengan membuat potongan melalui dinding abdomen untuk akses ke organ dalaman.
Punca dia menelan telefon belum diketahui, namun difahamkan banduan tersebut mempunyai sejarah masalah kesihatan mental sebelum ini.
Sumber: Sinar Harian
via sumber
0 Comments