Lelaki Buta Bawa Motosikal, Isteri Dibelakang Jadi Penunjuk Arah

27hmbutan_cropped_1464304150

Tiada yang mustahil di negara China. Orang buta pun boleh bawa motor tau. Bunyi macam pelik tetapi ianya benar-benar berlaku di sana.

Seorang lelaki sempat merakam seorang lelaki buta membawa motosikal dengan isterinya di belakang.

Berdasarkan laporan Harian Metro, isteri kepada si buta ini dilihat menjerit dengan kuat memberi arahan kepada suaminya sementara si suami kelihatan begitu yakin membawa motosikal tersebut.

Selepas rakaman video itu menjadi viral, pihak polis bertindak menjejaki pasangan tersebut.

Selepas di soal siasat, dia dikatakan lebih rela menunggang motosikal bersama isteri bagi menjimatkan wang. Tak perlu mengeluarkan wang untuk membayar tambang bas atau teksi.

Bagaimanapun, tak pasti sama ada polis ambil tindakan undang-undang atau tidak ke atas pasangan ini.

Sumber: HMetro

via sumber

Post a Comment

0 Comments