Nenek Dapat Cahaya Mata Pertama Pada Usia 70 Tahun

1_47

Pasangan yang telah berkahwin selama 46 tahun akhirnya dikurnia cahaya mata pertama apabila mencecah usia 70 tahun.

Daljinder Kaur, 70, telah melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Armaan setelah menjalani rawatan pembenihan in vitro (IVF) di sebuah klinik kesuburan di Haryana bersama suaminya yang berusia 79 tahun.

Pasangan ini pernah berputus asa untuk memliki cahaya mata sendiri selepas berdepan dengan pelbagai rintangan dan tomahan daripada masyarakat yang melihat kemandulan sebagai satu sumpahan.  

“Tapi, Tuhan mendengar permintaan kami. Hidup saya juga kini sempurna. Saya akan menjaga bayi ini sendiri dan berasa sangat bertenaga ketika ini”, luhanya.

Jadi, kepada semua pasangan yang sudah berumahtangga namun masih belum memiliki cahaya mata sendiri, jangan berputus asa. Jadikan kisah pasangan ini sebagai inspirasi dan pembakar semangat untuk anda.

Sumber: Daily Mail



via sumber

Post a Comment

0 Comments