Sedar tak sedar, hari ini merupakan hari ke 100 perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia sejak 18 Mac yang lalu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi berita gembira dan berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang bekerjasama mengamalkan kebiasaan baru untuk mencegah pandemik Covid-19.
“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menjadikan kita mencapai angka 1 digit kes Covid19 kerana mengamalkan kebiasaan baru (new norms).
“Terima kasih juga kepada semua frontliners, terutama petugas kesihatan di hospital dan juga klinik kesihatan awam yang pantas bertindak dalam menanggani pesakit Covid19,” ujar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam siaran Selamat Pagi Malaysia di TV1 pagi tadi, pada hari ke-100 tempoh PKP.
Malaysia kini menduduki tangga ke-70 dunia, berbanding pada tangga ke-18 dunia kes Covid19 paling tinggi ketika mula-mula Dr Adham Baba mengangkat sumpah sebagai Menteri pada 10 Mac lalu. Turun 52 anak tangga.
Sementara itu, dalam satu posting terbaru Public Health Malaysia, turut berkongsi kejayaan Malaysia muncul sebagai antara negara ‘winning’ mencegah Covid-19 bersama-sama Australia, New Zealand, Ireland dan Thailand serta 47 negara lagi.
Bukan itu sahaja, kegiatan ekonomi telah dimulakan, aktiviti sosial masyarakat telah dibenarkan, anak anak telah kembali ke sekolah dan rumah ibadat juga telah dibuka.
Manakala negara Indonesia, Filipina, Singapura, India, Arab Saudi, US, UK (69 negara) masih lagi bergelut untuk menurunkan bilangan kes harian.
.
Hargai kejayaan ini. Jaga jarak sosial. Jangan sia siakan usaha frontliners. Terima kasih juga pada pertahanan negara yang mengawal sempadan dari dibolosi pendatang.
via Wowberita
0 Comments