Ingat senang ke orang nak perah idea untuk menghasilkan benda-benda yang melibatkan kreativiti ni. Minta itu ini memang mudah, tapi bila diberitahu jumlah yang dikenakan untuk setiap idea dan tenaga yang dicurahkan untuk kerja-kerja yang dilakukan mulalah bagi seribu satu alasan. Berdasarkan pemerhatian kami, “takde duitlah” merupakan ayat paling popular di abad ini.
Kalau semua benda nak free je, susahlah. Diri sendiri je nak kaut untung, habis orang lain nganga je?
Samalah macam kes brader Zuan Ishmael ni, screenshot perbualan antara Zuan dan ‘kakak’ yang dimuatnaik di Facebooknya telah menarik perhatian ramai. Sehingga kini post tersebut telah menerima lebih dari 1300 shares di Facebook.
Setiap jawapan daripada brader Zuan ni memang mencuit hati kami.
Jom baca perbualan mereka berdua:
Ada yang tanya kenapa tak minta deposit dulu, sila baca penjelasan daripada brader Zuan ni.
Harap-harap lepas ni takde lah yang nak minta semua benda free lagi ok? Kita sama-sama cari makan, tolonglah bertimbang rasa sikit.
Sumber: FB Zuan Ishmael
via sumber
0 Comments