Tak Boleh Tonton Munafik Dalam Rumah, Syamsul Yusof Jelas Isu Mantera Yang Dibaca

mantera-1

Sumber: Siakapkeli Oleh: Aimi Nordin

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di sosial media apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status mengatakan jangan menonton filem Munafik di rumah kerana mantera yang dibacakan dalam filem tersebut adalah mantera menyeru syaitan yang sebenar.

Sejak viral di sosial media, pengarah filem tersebut Syamsul Yusof tampil memberikan penjelasan sebenar bahawa itu bukanlah mantera sebenar dan hanya direka semata-mata. Ayat itu cuma dibacakan dalam Bahasa Arab sahaja.

Syamsul Yusof juga sempat berpesan supaya umat Islam jangan terlalu taksub mengenai sesuatu perkara.

4_42

3_36

2_45

Kami nak ingatkan di sini supaya sebelum sesuatu perkara itu di ‘share’ pastikan dulu kesahihannya kerana tak semua orang arif mengenainya dan ramai orang yang mudah percaya.



via sumber

Post a Comment

0 Comments