Menurut putera Johor itu, para pengkritik boleh mengusulkan kepada Najib supaya negeri itu dikeluarkan daripada Malaysia.
"Sekiranya anda tidak senang hati dengan adanya Johor Darul Ta'zim di dalam Malaysia, anda boleh beramai-ramai berjumpa dengan YAB Perdana Menteri di Putrajaya untuk mengusulkan satu deklarasi kepada beliau untuk mengeluarkan negeri Johor dari Malaysia," katanya dalam satu coretan di laman rasmi pasukan bola sepaknya, Johor Southern Tigers.
Tunku Ismail Ibrahim (kiri) mencabar agar deklarasi untuk Johor keluar daripada Malaysia dikeluarkan. — Foto Bernama |
Menurut baginda, Johor telah lama wujud sejak 1885 berbanding kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957.
Baginda juga mendakwa Johor dibina bukan atas dasar perkauman, tetapi dibina atas kesatuan para penduduknya.
Coretan tersebut juga menyenaraikan beberapa nasihat untuk mereka yang cemburu dengan hubungan penduduk Johor dan pemimpin di negeri itu.
“Jangan salahkan negeri Johor jika pemimpin anda tidak bersama-sama dengan anda disaat negara menghadapi kecelaruan integriti dan krisis kepercayaan kerana kami di sini mempunyai pemimpin yang senantiasa memperjuangkan hak kami dan senantiasa berlaku jujur pada kami.
“Jangan salahkan negeri Johor jika pemimpin anda tidak berada di dalam negeri sendiri untuk anda mengadu nasib pada saat-saat diperlukan,” tambah coretan itu.
Rujukan: TheMalayMailOnline
via sumber
0 Comments