10 Mitos Mengenai Vaksinasi Kanak-Kanak Yang Anda Tak Patut Percaya Seumur Hidup

Hanya mitos semata-mata.

Kini, kalau diperhatikan di laman sosial, isu mengenai vaksin sedang hangat diperkatakan. Topik ini menjadi bahan bualan utama apabila baru-baru ini terdapat 2 kes kematian kanak-kanak dilaporkan di Kedah dan Melaka akibat jangkitan difteria.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua kes kematian itu tidak menerima imunisasi difteria yang lengkap dan meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan.
Sejak kes itu dilaporkan, ramai golongan anti-vaksin menidakkan dakwaan tersebut dan memberi pandangan masing-masing termasuk salah seorang bekas peserta program realiti TV iaitu Imam Muda Ammar.
Status tersebut telah mendapat perhatian ramai pihak dan sesetengah pihak juga rasa terganggu dengan kenyataan yang dikeluarkan beliau. Ramai pihak yang memberi respon termasuklah Medical Mythbusters Malaysia atau lebih dikenali sebagai M3 iaitu sebuah gagasan yang dianggotai oleh anggota perubatan bertauliah, untuk menjawab mitos dan fitnah ke atas bidang medik.

Secara tidak langsung, isu ini telah menyebabkan orang ramai menjadi takut dan was-was untuk memberi vaksin khasnya buat anak-anak mereka.

Jadi, bagi menjawab isu tersebut, di bawah adalah 10 mitos mengenai vaksin yang tidak sepatutnya anda percaya:

1. Vaksin boleh menyebabkan autisme - SALAH
FAKTA: Pada tahun 1998, seorang doktor British yang bernama Andrew Wakefield menerbitkan sebuah artikel mengenai kemungkinan adanya kaitan antara campak - beguk - rubella vaksin (MMR ) dan autisme.

Tetapi kajian telah dibuktikan palsu dan Wakefield kehilangan lesen perubatannya di atas dakwaan salah laku profesional. Saintis lain telah gagal untuk meniru hasil penemuannya dan berpuluh-puluh kajian yang melibatkan berjuta-juta kanak-kanak telah mendapati tiada kaitan antara vaksin dan autisme.

2. Vaksin kanak-kanak mengandungi merkuri - SALAH
FAKTA: Thiomersal adalah bahan organik (organomercury) yang ditambah ke dalam beberapa vaksin sebagai bahan pengawet.

Ia adalah bahan pengawet yang paling meluas digunakan untuk vaksin yang disediakan di dalam botol pelbagai dos. Menurut the Centers for Disease Control and Prevention (CDC), ia sering digunakan dalam flu vaccine.

Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa jumlah thiomersal digunakan dalam vaksin menimbulkan risiko kesihatan. Namun, sejak tahun 2001, thiomersal tidak lagi digunakan.

3. Vaksinasi boleh menyebabkan maut - SALAH
FAKTA: Vaksin adalah sangat selamat. Kebanyakan tindak balas vaksin biasanya kecil dan bersifat sementara seperti sakit-sakit lengan atau demam ringan.

Penyakit serius adalah amat jarang berlaku dan perkara tersebut telah dikaji dengan teliti. Anda mungkin akan lebih parah oleh vaccine-preventable disease berbanding vaksin itu sendiri.

Sebagai contoh, dalam kes polio, penyakit ini boleh menyebabkan lumpuh, campak yang boleh menyebabkan encephalitis (radang otak), dan buta. Beberapa vaccine-preventable disease juga boleh menyebabkan kematian.

4. Vaksin menyebabkan sindrom kematian bayi secara mengejut - SALAH
FAKTA: Kajian mendapati tiada hubungan antara vaksin dan kematian bayi secara mengejut. Sindrom kematian bayi secara mengejut (SIDS) boleh berlaku secara kebetulan bersama vaksin dan masih boleh berlaku walaupun tiada vaksin yang diberi.

Ia adalah penting untuk diingati bahawa penyakit ini mengancam nyawa dan bayi yang tidak diberikan vaksin mempunyai risiko kematian lebih tinggi atau kehilangan upaya yang serius.

5. Influenza hanya sejenis penyakit bersifat gangguan dan vaksin tidak begitu berkesan - SALAH
FAKTA: Influenza adalah lebih daripada suatu gangguan. Ia adalah penyakit serius yang membunuh 300,000 hingga 500,000 orang di seluruh dunia setiap tahun.

Wanita hamil, kanak-kanak kecil, orang tua dengan kesihatan yang kurang baik dan sesiapa yang mempunyai penyakit kronik seperti asma atau penyakit jantung, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan yang teruk serta kematian.

Vaksin wanita hamil telah memberi manfaat tambahan untuk melindungi bayi mereka (pada masa ini tiada vaksin untuk bayi di bawah enam bulan).

Kebanyakan vaksin influenza menawarkan imuniti dan ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan peluang anda untuk mengalami selesema teruk yang boleh tersebar kepada orang lain.

6. Body immune adalah lebih baik daripada vaksin - SALAH
FAKTA: Vaksin berinteraksi dengan sistem imun untuk menghasilkan tindak balas imun sama dengan yang dihasilkan oleh jangkitan semula jadi, tetapi ia tidak menyebabkan penyakit atau menyebabkan individu yang sudah diimunisasi mendapat kompilasi serius.

Badan akan menghasilkan imunisasi secara natural setelah mendapat penyakit tersebut. Contohnya, demam campak. Bagaimanapun, sistem imunisasi ini tidak boleh mencegah penyakit seperti terencat akal kesan daripada Haemophilus Influenzae jenis B (HIB), kecacatan kelahiran daripada rubella dan kanser hati virus hepatitis B, dan kematian daripada demam campak.

7. Kebersihan dan sanitasi yang lebih baik akan membuat penyakit hilang (vaksin tidak perlu) - SALAH


FAKTA: Walaupun anda menjaga kebersihan dengan baik dan bantuan air bersih dapat melindungi orang ramai daripada penyakit berjangkit, banyak jangkitan boleh merebak tanpa mengira tahap kebersihan kita.

Jika seseorang individu itu tidak mengambil vaksin, penyakit seperti polio dan campak dengan cepat akan muncul semula.

8. Penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin (vaccine-preventable disease) hampir lenyap di negara saya, jadi tidak ada sebab untuk suntikan - SALAH
FAKTA: Walaupun vaccine-preventable-diseases telah jarang berlaku di banyak negara, agen berjangkit masih menyebabkan mereka terus beredar di sekeliling dunia. Dalam dunia yang saling berhubung, agen-agen ini boleh menyeberangi sempadan geografi dan menjangkiti sesiapa sahaja yang tidak dilindungi (individu tidak divaksin).

Di Eropah barat, sebagai contoh, wabak campak telah berlaku dalam populasi yang tidak divaksinasi di Austria, Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Switzerland dan United Kingdom sejak tahun 2005. Jadi dua sebab utama untuk mendapatkan vaksin adalah untuk melindungi diri kita dan melindungi orang-orang di sekeliling kita.

Program pemvaksinan yang berjaya bergantung kepada kerjasama setiap individu untuk memastikan kebaikan semua.

9. Penyakit kanak-kanak yang boleh dicegah melalui vaksin hanya unfortunate fact of life - SALAH
FAKTA: Penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin tidak sepatutnya menjadi fact of life. Penyakit seperti campak, beguk dan rubella adalah serius dan boleh membawa kepada komplikasi yang teruk terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.

Begitu juga penyakit pneumonia, ensefalitis, rabun, cirit-birit, jangkitan telinga, sindrom rubella kongenital (wanita dijangkiti rubella pada awal kehamilan), dan kematian. Semua penyakit ini boleh dicegah dengan vaksin.

Kegagalan untuk vaksin terhadap penyakit-penyakit ini menyebabkan kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada bahaya penyakit yang merebak.

10. Memberi kanak-kanak lebih daripada satu vaksin pada satu masa boleh meningkatkan risiko dan kesan sampingan yang berbahaya serta mengganggu sistem imunisasi kanak-kanak - SALAH
FAKTA: Bukti saintifik menunjukkan bahawa memberi beberapa vaksin pada masa yang sama tidak mempunyai kesan buruk ke atas sistem imunisasi kanak-kanak. Kanak-kanak terdedah kepada beratus-ratus bahan asing yang menyebabkan tindak balas imun setiap hari.

Tindakan seperti memakan makanan menghasilkan antigen baru ke dalam badan dan akan lebih banyak bakteria hidup di dalam mulut dan hidung.

Kelebihan utama mempunyai beberapa vaksin sekaligus adalah lawatan klinik yang lebih sedikit, yang akan menjimatkan masa dan wang, dan kanak-kanak lebih cenderung untuk melengkapkan vaksin yang disyorkan mengikut jadual. Juga, kanak-kanak boleh mempunyai vaksin gabungan seperti untuk campak beguk dan rubella.

Ini juga bermakna mereka boleh mengurangkan kadar suntikan terhadap tubuh badan.

Sumber: World Health Organization & Says.com

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments