Ahli Perniagaan Maut Kawasaki ZX1400 Terbabas

JITRA: Seorang ahli perniagaan maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki ZX1400 yang ditunggangnya terbabas ke bahu kiri jalan sebelum melanggar pokok di Taman Melur, Jalan Tanah Merah-Wang Tepus, di sini hari ini.
SEORANG ahli perniagaan maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki ZX1400 yang ditunggangnya terbabas ke bahu kiri jalan sebelum melanggar pokok di Taman Melur, Jalan Tanah Merah-Wang Tepus, Jitra, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan, berkata mangsa, Ali Sabri Ibrahim, 52, yang berasal dari Kampung Lubuk Buaya, Mukim Kedawang, Langkawi itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Wang Tepus ke Bandar Darulaman, dekat sini, jam 1.55 tengah hari.


"Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

"Jenazahnya dihantar ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang dengan cuai sehingga menyebabkan kematian," katanya.

Rujukan: BeritaHarian

via sumber

Post a Comment

0 Comments