PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) yang akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa bermula semalam.
Jabatan itu, dalam satu kenyataan sebentar tadi, berkata pengenalan VOC masih lagi suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987, mengandungi butiran pemilik dan kenderaan.
"Namun, dalam usaha untuk memudahkan urus niaga dengan JPJ, VOC yang diperkenalkan ini tidak lagi digunakan sebagai dokumen atau instrumen bagi urusan seperti Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), Tukar Hak Milik atau Pindaan Maklumat.
"VOC tidak mengandungi cetakan rekod urus niaga seperti mana yang terdapat pada RC, manakala semakan data dilakukan terus dengan sistem pangkalan data JPJ," katanya.
Katanya, JPJ menyasarkan menjelang 1 Januari 2020, semua pemilik kenderaan berdaftar akan selesai melaksanakan gantian RC Kenderaan kepada VOC.
Dengan pelaksanaan VOC itu, sistem penyampaian perkhidmatan melalui transaksi dalam talian akan diperluaskan lagi dan laksana dengan mudah lagi pantas.
Rujukan: BeritaHarian
via sumber
0 Comments