Kulit Hancur, Buat Bekam Setiap Hari

giant_marks1

Di China, seorang lelaki berusia 63 tahun yang menghidap kolestrol tinggi, sakit bahu dan beberapa penyakit lain menderita selepas kesan bekam dijangkiti kuman.

Difahamkan, Li Lin telah menjalani rawatan bekam setiap hari selama sebulan untuk menyembuhkan sakit di bahunya.

Pekerja di pusat rawatan itu menasihati saya untuk terus mengambil rawatan bekam selama sebulan untuk menyebuhkan sakit bahu saya”.

Cawan bekam itu dikatakan diletakkan pada tempat yang sama setiap kali dia menjalani rawatan.

Selepas 10 hari rawatan, kesan parut itu sudah pun kelihatan namun Li Lin tetap berdegil untuk menyelesaikan sesi rawatan itu selama sebulan.

3593C4C200000578-3655854-Doctors_say_that_he_was_lucky_he_went_to_the_hospital_when_he_di-m-3_1466672313716

Setelah selesai menjalani rawatan dalam tempoh sebulan, dia mengalami demam panas dan kesihatan badannya merosot. Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital.

Doktor mendapati 7 kesan bekam di belakang badan Li Lin yang sudah terkena jangkitan kuman. Sekiranya lambat ke hospital, dia mungkin akan mengalami sepsis.

Ahli medik berkata berbekam sepatutnya tidak dilakukan di kawasan yang sama kerana ia boleh menyebabkan kulit terbakar dan jangkitan.

Netizen di Weibo juga mengecam kedai itu kerana mengelirukan pelanggannya.

Sumber: Siakap Keli



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments