Stuart Boyd berkata, dia membaharui pasportnya pada 22 Mei lalu selepas merancang bercuti di Pulau Rhodes, Greece Julai depan.
BOYD (kanan) dan gambarnya dalam pasport yang didakwa menyerupai Hitler. |
Dokumen itu tiba tepat seminggu kemudian.
Bagaimanapun, apabila pesara paramedik itu membukanya, dia terkejut gambarnya menunjukkan dia mempunyai misai kontot, sekaligus menampakkan dia seperti Hitler.
“Saya amat marah apabila melihatnya. Saya tertekan. Saya tidak pasti proses membaharui pasport. Saya poskan gambar saya dalam Facebook.
"Hasilnya begitu buruk. Lebih buruk lagi, saya akan menggunakan pasport ini selama 10 tahun,” katanya.
Pejabat Pasport berkata, ia akan menyiasat aduan Boyd.
Rujukan: HarianMetro
via sumber
0 Comments