Saya Bahagia Hidup Bersama Lelaki Afrika - Luah Wanita Ini

Sering kali kita menganggap yang lelaki Afrika sering berkelakuan buruk dan kasar, pemikiran sebegini memang sudah sinonim dek kerana mindset dan racism berdasarkan warna kulit.
Tetapi baru – baru ini seorang wanita melayu dari Malaysia telah kongsikan pengalaman beliau hidup bersama dengan seorang lelaki Afrika dari Ghana selepas sah menjadi suami isteri dan kini mempunyai dua cahaya mata.

Zaila Mohamed Ali telah menghasilkan sebuah novel berjudul ‘Winter in Africa’ yang mengisahkan segala pengalaman bersama keluarganya di Ghana.

“Ramai tanya saya kenapa memilih berkahwin dengan lelaki berkulit hitam sebagai suami, jawapan saya amat mudah, semua ini adalah jodoh yang sudah diatur Tuhan Yang Maha Esa.”


Menurut Zaila, nama asal suaminya Puis Ewusi, dan kini telah berubah nama dipanggil Khalid Ewusi.

Pada tahun 2014, Zaila bersama dua orang anak perempuannya menziarahi kampong halaman suaminya buat kali ke -2 iaitu Ghana. Perjalanan mereka mengambil masa 15 jam dengan jarak 11 ribu 250 km dari Malaysia.

Sepanjang 48 hari Zaila dan anak – anaknya berada disana mereka dilayan seperti permaisuri dengan layanan daripada keluarga mertua yang sangat baik.
“Pakaian saya dibasuh oleh mereka, saya dilarang masuk ke dapur, setiap kali tiba waktu makan, mereka akan ambil meja kecil dan kerusi untuk saya dan anak-anak duduk. “

“Dah habis makan, mereka akan bawa pot untuk kami basuh tangan, kami tak payah bangun atau menyusahkan diri apa-apa pun.”

Walaupun suaminya melayannya dengan sepenuh hati ketika di Ghana, tetapi Zaila rasa sedih ketika suaminya di Malaysia, layanan yang diterima berbeza sama sekali.

“Persepsi di sini, orang Afrika jahat, mereka buat kerja tak senonoh. Persepsi yang mungkin berpunca daripada hebahan media.”

“Saya tak salahkan mereka. Mereka tidak tahu. Sebab itu saya sentiasa di sisi suami dalam apa juga keadaan untuk menjadi penyelamat.”

Menurut Zaila, ramai kawannya yang berkahwin dengan lelaki kacukan Afrika dan turut dapat hidup bersama dengan penuh kebahagiaan. Dia berharap rakyat Malaysia dapat buka mata dan minda menerima mereka.

Apa pun kita sebagai seorang manusia janganlah menjadi juri dan memandang serong berdasarkan rupa luaran seseorang.

Rujukan: SinarFM

via sumber

Post a Comment

0 Comments